#PRNMelaka : Dana RM33j ‘diseleweng’ BN – Adly sebenarnya salahkan Idris

Oleh Wahida

Kononnya Adly Zahari yang dikatakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka Pakatan Harapan telah cuba memberi serangan sakit jantung kepada Barisan Nasional di hari-hari terakhir berkempen untuk PRN Melaka 2021 pada 20 November ini.

Isu yang dibawa di dalam sidang medianya, Barisan Nasional telah melesapkan RM33 juta wang pampasan untuk nelayan.

Secara pantas dan sinis, DS Najib telah menjawab agar Adly sepatutnya bertanya sendiri kepada Datuk Idris Harun memandangkan pihak BN tidak tahu samada tuduhan Adly ini benar ataupun tidak. Lagipun Adly tidak kemukakan sebarang bukti tetapi sekadar membuat tuduhan.

Sebenarnya di sebalik tuduhan Adly itu, niat sebenar beliau tidak sukar untuk dibaca. Adly perlu mencari kelemahan Idris agar tidak terpilih sebagai Ketua Menteri Melaka Pakatan Harapan memandangkan Idris mendapat sokongan padu dari Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim.

Mengharapkan agar tuduhannya itu bukan saja mensasarkan Barisan Nasional, sekali gus menembak terus kepada Idris Harun.

Apakah Adly tidak mengetahui bahawa peruntukan pampasan RM33 juta untuk nelayan yang dikatakan diseleweng itu berlaku ketika Idris adalah Ketua Menterinya? Untuk makluman, Idris adalah Ketua Menteri Melaka dari 2013 hingga 2018 sebelum PH menang dalam PRU14 lalu pada Mei 2018.

Amat tepat sekali apabila DS Najib juga menyarankan kepada Adly agar mendapatkan gambaran yang sebenar sebelum cuba menimbulkan tuduhan kerana yang dituduh sekarang ini berada di dalam satu Pakatan yang sama-sama bertanding di Melaka. Adakah ini caranya Adly ingin menghancurkan peluang Idris untuk menang dan sekaligus melenyapkan pesaingnya?

Walaubagaimanapun, mengapa ketika Adly memegang jawatan Ketua Menteri Melaka, isu ini tidak pernah ditimbulkan dan mengapa di hari-hari terakhir kempen PRN Melaka, isu ini muncul? Apakah Adly mengetahuinya tetapi turut sama bersetuju?

Kepada Adly, rakyat sedang memerhati tabiat kebiasaan Pakatan Harapan yang gemar membuat tuduhan-tuduhan palsu dan yang gemar menikam rakan sendiri. Rakyat Melaka telah dididik dan mengambil iktibar lalu, jika ingin menuduh bukan dengan air liur tetapi bukti sahih. Zaman menjual temberang telah berakhir.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker