Price Catcher, aplikasi banding harga yang wajib anda ada

Price Catcher, aplikasi banding harga yang wajib anda ada

TAHUKAH anda bahawa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil inisiatif untuk membangun aplikasi mudah alih Price Catcher menggunakan platform Android dan iOS bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup?

Aplikasi ini memaparkan maklumat harga lebih 480 barangan keperluan pengguna yang dikutip oleh lebih dari 1,100 Pegawai Pemantau Harga (PPH) KPDNHEP di seluruh negara secara harian mingguan dan bulanan.

Secara realitinya premis-premis perniagaan di sekitar kawasan yang sama menawarkan barang yang sama pada harga yang berbeza.

Melalui aplikasi ini, pengguna dapat menjimatkan masa dan kos untuk membuat perbandingan harga antara premis yang berlainan di sesuatu kawasan. Seterusnya, pengguna dapat merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga yang berpatutan.

Aplikasi ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
•carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan;
•fungsi untuk mengesan lokasi;
•perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan;
•fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map;
•berkongsi maklumat carian harga melalui media sosial; dan
•hebahan (pop up banner) mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan yang lain.

KPDNHEP telah memperluaskan peranan perkongsian harga melalui Price Catcher kepada semua ahli Friends of KPDNHEP (FOK). Anda sebagai pengguna juga boleh berkongsi maklumat harga yang akan dimanfaatkan oleh pengguna lain seperti harga promosi dan sebagainya.

KPDNHEP juga menggalakkan peniaga-peniaga untuk menggunakan platform Price Catcher untuk menghebahkan promosi-promosi yang dibuat.

Inisiatif membangunkan Price Catcher ini diharap dapat membantu mendayaupaya pengguna agar bijak merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga yang berpatutan serta menggalakkan golongan peniaga yang beretika dan meletakkan harga yang munasabah.

Maka, mulai hari ini, gunalah aplikasi Price Catcher bagi membolehkan anda membuat perbandingan harga antara premis yang menawarkan harga yang lebih berpatutan. Berbelanjalah dengan berhemah. Pilihan di tangan anda. SM

Price Catcher, aplikasi banding harga yang wajib anda ada


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker