Ismail terima kunjungan hormat Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat

Ismail terima kunjungan hormat Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerima kunjungan hormat Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo, di pejabatnya di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Dalam catatan di Facebooknya, Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan itu mereka berbincang mengenai potensi untuk meluaskan kerjasama, selain peluang bagi meneroka laluan baharu yang akan memberi manfaat kepada perdagangan antara kedua-dua negara.



“Malaysia menyanjung hubungan dua hala yang baik dengan AS dan kita optimis kedua-dua negara akan mendapat manfaat daripadanya. Terima kasih diucapkan kepada Raimondo dan delegasi terhadap lawatan ini,” katanya.

Ini kali pertama lawatan rasmi Raimondo ke Malaysia selepas dipilih berkhidmat sebagai setiausaha perdagangan di bawah pentadbiran Presiden AS, Joe Biden.

Berikut kenyataan Ismail Sabri di facebook beliau :

Saya telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Puan Yang Terutama Gina Raimondo di Parlimen hari ini.
Kami membincangkan kolaborasi yang berpotensi untuk dikembangkan, serta peluang-peluang baharu untuk manfaat perdagangan di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Malaysia meraikan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat, dan optimis dengan segala perancangan yang telah diaturkan demi kecemerlangan bersama.
Terima kasih PYT Gina Raimondo dan delegasi atas kunjungan ke Malaysia.
__________



The United States Secretary of Commerce, Her Excellency Gina Raimondo paid a courtesy call on me in Parliament today.
We discussed potential development of our cooperation as well as opportunities to explore new avenues that would benefit trade between Malaysia and the US.
Malaysia celebrates good bilateral relations with the US and we are optimistic that both countries will benefit from it.
Thank you HE Gina Raimondo and delegates for this visit.

Ismail terima kunjungan hormat Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini



Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker