Anwar Sifatkan Poster Cari Clare Rewcastle Brown Berbaur Politik

Anwar Sifatkan Poster Cari Clare Rewcastle Brown Berbaur Politik

Tindakan polis menyebarkan poster individu dikehendaki melibatkan editor ‘Sarawak Report’ Clare Rewcastle Brown, berikutan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya, pada September lalu disifatkan sebagai berbaur politik.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Rewcastle Brown mempunyai maruah dan wajar dihormati seperti individu-individu yang disabit dengan pertuduhan kes-kes lain melibatkan rakyat Malaysia.

“Lebih membimbangkan, tindakan drastik untuk mencari Rewcastle Brown tidak dilakukan ke atas mana-mana penjenayah lain termasuk ahli perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho atau Jho Low,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu mengakui emosinya terganggu ekoran penyebaran poster tersebut.

Katanya, wanita warga Britain itu memberi sumbangan kepada negara dengan mendedahkan salah laku kuasa termasuk isu rasuah, pembalakan dan keperitan masyarakat Orang Asli.



Sumber Facebook anwaribrahimofficial

“Wartawan, individu yang mendedahkan maklumat atau aktivis tidak seharusnya dilabelkan sebagai penjenayah tanpa melalui ruang perbicaraan yang adil, terutamanya apabila mereka berjuang untuk keadilan yang kita semua juga mahukan di Malaysia hari ini,” katanya lagi.

Baru-baru ini, wanita berusia 62 tahun itu disenaraikan sebagai individu dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Terengganu pada 23 September lalu berikutan kegagalan beliau hadir untuk pertuduhan kes fitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, sebelum ini memberitahu, pertuduhan ke atas Rewcastle Brown dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose.

Sultanah Nur Zahirah sebelum ini memfailkan saman fitnah pada 21 November 2018 terhadap Rewcastle-Brown berhubung fitnah dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta.-AA



Anwar Sifatkan Poster Cari Clare Rewcastle Brown Berbaur Politik

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib



Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker