22 November daftar nama ‘walk in’ dos penggalak
22 November daftar nama ‘walk in’ dos penggalak
Pendaftaran nama dalam senarai menunggu secara ‘walk in’ atau datang terus ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kemudahan kesihatan swasta di seluruh negara akan dilaksana, mulai Isnin ini.
Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) menjelaskan dasar terbaru itu dipersetujui menerusi mesyuarat dipengerusikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, pendaftaran bagi kaedah datang terus akan dilaksanakan bagi lima kategori individu.
Ia merangkumi individu layak pemberian dos penggalak; ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu; belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19; terlepas janji temu dan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun yang belum melengkapkan imunisasi.
Khairy pada Khamis lalu, dilaporkan berkata, sebanyak 40 peratus golongan sasaran diberikan janji temu untuk mendapatkan pelalian dos penggalak vaksin COVID-19 tidak hadir untuk menerima suntikan masing-masing.
Situasi berkenaan jelas menimbulkan kebimbangan kerana jumlah kehadiran penerima untuk dos pertama dan kedua vaksin, sebelum ini menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah lebih tinggi iaitu 95 peratus.
Sekiranya ada pembatalan janji temu atau gagal hadir oleh mereka yang menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera, CITF-B berkata, pendekatan pendaftaran senarai menunggu untuk datang terus akan membantu kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optimum.
“Selain pendaftaran secara ‘walk in’ ke PPV kemudahan kesihatan swasta, pendaftaran boleh dilakukan melalui telefon dan emel.
“Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan ‘walk- in’, telefon dan email untuk daftar temujanji ini melalui www.protecthealth.com.my bermula 22 November depan.
“Sehingga kini, lebih sejuta dos penggalak diberikan kepada mereka yang layak di seluruh negara dan kerajaan kini dalam usaha untuk meningkatkan usaha pemberian dos penggalak.
“Ini bagi memastikan tempoh perlindungan yang optimum dapat dicapai. Dapatkan janji temu vaksin anda dengan segera,” katanya. BH
22 November daftar nama ‘walk in’ dos penggalak
Baca Artikel Menarik :
- Netizen Indonesia ‘koyak’ selepas Adidas akui wayang kulit dari Malaysia
- OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran
- PAS kata PN tidak terkesan Ahli PAS Melaka sokong BN
- i-Serve Online Mall diserbu, wang tunai RM118.7 juta dirampas
- Melampau jika SJKC mahu diinstitusikan?
- Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
- Caprice bernikah dengan ibu tunggal dari Kelantan
- Sanusi terima hadiah dari TMJ/a>
- Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat
- Mufti Pulau Pinang tegur Menteri Besar Kedah
- Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]
Layari Laman Facebook MYKMU