Skinny jeans cetuskan kemandulan

Skinny jeans cetuskan kemandulan. Punca utama kerosakan saraf

KAJIAN yang dilakukan oleh All India Institute of Medical Science (AIIMA) mendedahkan bahawa bilangan sperma di kalangan lelaki dewasa yang normal di India berbanding 30 tahun lalu mencecah 60 juta bagi setiap milimeter. Angka ini dilihat menjunam kepada hanya satu pertiga iaitu kira-kira 20 juta bagi setiap milimeter sahaja!

Kadar pengurangan sperma tersebut dikaitkan dengan tabiat mereka yang gemar mendedahkan pundi zakar kepada suhu yang lebih tinggi daripada biasa. Kajian yang dilakukan selama 10 tahun itu juga menunjukkan bahawa faktor gaya hidup seperti memakai pakaian ketat menjadi punca utama penurunan bilangan sperma.

Tidak dinafikan bahawa pemakaian seluar ketat seperti skinny jeans menunjukkan sisi seksi, bergaya dan ranggi kepada si pemakainya. Namun begitu, ramai yang tidak sedar dan tahu bahawa keghairahan mereka memakai seluar jean skinny mampu mengundang padah seperti mengakibatkan masalah kemandulan, kerosakan saraf dan juga jangkitan faraj.

Diambil dari Dailymail, Dr. Karen Boyle, seorang doktor di Amerika yang telah menangani pesakit akibat pemakaian skinny jeans menyatakan pemakaiannya secara berlebihan mampu memberikan kesan kepada masalah kesuburan lelaki.

Ini kerana keadaan tersebut telah menghalang buah zakar yang aktif menghasilkan sperma dan menyebabkan suhunya tinggi.

Buah zakar perlu diberi ruang secukupnya supaya dapat sperma membiak dengan lebih berkualiti.

Selain daripada itu, suhu dalam kerandut buah zakar pada masa yang sama akan meningkat dan kilang sperma boleh menjejaskan penghasilan sperma. Lebih membimbangkan, keadaan ini mampu mempengaruhi kualiti sperma. Tabiat pemakaian celana ketat yang kerap turut menyebabkan risiko terkena penyakit meralgia paraesthetica (MP). MP penyakit urat saraf yang disebabkan tekanan urat saraf berdekatan dengan rusuk.

Apabila berlaku sebarang tekanan, ia sebenarnya memberi tanda seperti rasa sengal pada paras rusuk yang terlibat. Sakit tersebut malahan boleh menular hingga ke bahagian punggung dan pesakit akan mengalami rasa kebas di bahagian rusuk dan juga pinggul.

Namun, itulah gaya muda- mudi sekarang. Pemakaian seluar jean ketat dianggap trend sehingga mereka mengabaikan kepentingan kesihatan demi tampak lebih bergaya dan up-to-date. Sepatutnya, seluar jenis longgar potongannya dan fabrik yang selesa begitu digalakkan bagi mengelak daripada berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit kesuburan.

Seandainya masih tegar untuk memakai skinny jeans, maka pilihlah yang benar-benar bersesuaian dengan anda misalnya beberapa jenama antarabangsa seperti Zara, Armani, Top Shop dan banyak lagi yang begitu menitik beratkan penggunaan fabrik, keselesaan dan potongan yang memelihara beberapa bahagian tertentu. Utv

Skinny jeans cetuskan kemandulan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker