PRN Melaka: Jangan Ulangi Mudarat 22 Bulan – Hasnoor
PRN Melaka: Jangan Ulangi Mudarat 22 Bulan – Hasnoor
Ayer Keroh: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil perlu memberi mandat kembali kepada Barisan Nasional (BN) supaya mudarat yang berlaku sepanjang tempoh 22 bulan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) tidak kembali berulang.
BN mempertaruhkan Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin untuk merampas kembali kerusi itu yang sebelum ini disandang bekas Ketua Menteri, Adly Zahari.
Hasnoor berkata, dia menganggap persaingan di Bukit Katil hanya membabitkan BN dan PH memandangkan dua lagi pesaing sekadar ‘menyelit’ di kerusi berkenaan.
Katanya, dengan rekod perkhidmatan dan kejayaan BN mentadbir Melaka, pengundi perlu terus memberikan mandat kepada parti itu untuk mentadbir.
“Pengundi perlu bijak memilih parti yang akan mewakili mereka supaya mudarat selama 22 bulan tidak berulang kembali.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Hang Tuah Jaya berkata, persaingan di padang yang rata dianggap adil apabila calon perlu bijak menggunakan kaedah kempen norma baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Menurutnya, gerak kerja BN dalam menyantuni rakyat tidak boleh disangkal kerana tetap teguh bekerja walaupun ‘hilang kuasa’ selama 22 bulan.
“Lebih seminggu bertemu rakyat, rata-rata mereka mengakui tertekan ketika PH memerintah Melaka apabila banyak perkara, terutama isu penduduk tidak dapat diselesaikan.
“Rakyat mahu perubahan dan ini adalah masa terbaik untuk memberikan kembali mandat kepada BN. Jangan ulangi kesilapan lalu dengan dibuai janji manis yang tidak realistik untuk ditunaikan,” katanya.
Katanya, Bukit Katil yang juga kawasan ‘sub urban’ antara bandar Melaka dan Ayer Keroh memiliki pelbagai potensi untuk dimajukan.
“Antaranya, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur rakyat akan terus diperkasakan bagi membalas semula kepercayaan dan mandat diberikan rakyat,” katanya.-HM
PRN Melaka: Jangan Ulangi Mudarat 22 Bulan – Hasnoor
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Netizen Indonesia ‘koyak’ selepas Adidas akui wayang kulit dari Malaysia
- OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran
- PAS kata PN tidak terkesan Ahli PAS Melaka sokong BN
- i-Serve Online Mall diserbu, wang tunai RM118.7 juta dirampas
- Melampau jika SJKC mahu diinstitusikan?
- Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
- Caprice bernikah dengan ibu tunggal dari Kelantan
- Sanusi terima hadiah dari TMJ/a>
- Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat
- Mufti Pulau Pinang tegur Menteri Besar Kedah
- Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan
Penutupan kedai nombor ekor akan manfaatkan penjual ekor haram