Agong kurnia ‘Datuk’ kepada Nicol David

Sebaran :

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada jaguh dan legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David.

Nicol, 38, adalah antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara di sini hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Mendahului senarai penerima bagi istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lokman Hakim Ali yang turut dikurniakan PJN.



Antara lain turut membawa gelaran ‘Datuk’, Setiausaha Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Datuk Zamri Yahya.

Sesi kedua istiadat itu melibatkan 201 penerima iaitu 12 penerima PJN, enam penerima Johan Mangku Negara (JMN), Johan Setia Mahkota (JSM) (tujuh), Johan Setia Diraja (JSD) (dua), Kesatria Mangku Negara (KMM) (18), Kesatria Setia Diraja (KSD) (lima), Ahli Mangku Negara (AMN) (36), Pingat Pangkuan Negara (PPN) (85) dan Bentara Setia Diraja (BSJ) (30).

Isitiadat itu berlangsung dalam keadaan norma baharu susulan wabak COVID-19 dengan tetamu yang hadir perlu memakai pelitup muka, disaring suhu badan dan mengimbas kod QR MySejahtera di balai keselamatan Istana Negara.

Para petugas di Istana Negara turut memakai pelitup muka dan kerusi di Balairong Seri disusun berdasarkan penjarakan fizikal seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan.
— BERNAMA



Agong kurnia ‘Datuk’ kepada Nicol David

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan


Sebaran :

Leave a Reply