Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
Laman media sosial Perodua telah menayangkan beberapa gambar acah bagi model Perodua Myvi 2022 yang telah dinaiktaraf dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Bagi pembeli yang berminat, Perodua telah mengeluarkan kenyataan yang tempahan untuk model baru ini telahpun dibuka.
Berdasarkan gambar acah yang telah ditayangkan, Perodua telah memberikan beberapa ciri baru yang cukup menarik bagi membolehkan Myvi kekal relevan dalam kategori kereta kompak segmen B. Antara pembaharuan yang bakal diperkenalkan nanti ialah:
1. Daytime Running Light (DRL) – Lampu Pencahayaan Siang, untuk membaiki aspek keselamatan dan mudah dilihat dari jauh pada waktu siang ketika cuaca gelap. Namun kami tidak pasti bagaimana sistem DRL berfungsi, adakah ia akan malap ketika lampu besar dihidupkan atau dipadamkan.
2. Lampu LED baru – tekaan kami ialah mungkin datang dengan teknologi Adaptif yang berupaya mengoperasikan sendiri lampu tinggi dan rendah dengan bantuan sistem PSDA. Jika ia menggunakan sistem lampu adaptif seperti Ativa, lampu kiri dan kanan akan beroperasi secara individu bagi suluhan tinggi dan rendah. Ini menyebabkan lampu kabus tidak lagi diperlukan.
3. Warna baru – sama seperti praktis Perodua apabila memperkenalkan model naiktaraf yang baru, mereka akan memperkenalkan warna baru yang dikenali dengan kod nama Cranberry Red namun hanya terhad bagi varian AV sahaja. Warna Lava Red yang sebelum ini diperkenalkan pada model Aruz turut digunakan pada model Myvi
4. Transmisi baru – Dual Mode CVT atau simgkatannya DCVT akan digunakan bagi menggantikan unit transmisi 4 kelajuan automatik. DCVT ini akan meningkatkan kecekapan bahan api dari 21.1km/liter kepada 22.2km/liter bagi varian 1.3. Namun tombol gear Myvi tidak menawarkan ciri Shiftronic sama seperti Ativa
5. Kamera perakam digital- ya sebelum ini hanya digunakan pada model Ativa dan Aruz sahaja, tapi ciri perakam video digital ini mula diperkenalkan pada model Myvi.
6. Perodua Smart Drive Assist – atau singkatannya PSDA merupakan ciri keselamatan terbaru yang ditawarkan oleh Perodua. Pakej ini merangkumi Sistem Amaran Keluar Lorong, Sistem Penghalang Keluar dari Lorong, Sistem Pemanduan Kawalan dalam Lorong, Sistem Pemanduan Adaptif, dan juga Lampu LED Pintar.
7. Stering rekaan baru- roda stering lama Myvi digantikan dengan stering rekaan dari Perodua Ativa, namun kami tidak pasti ada butang Power yang ada pada model Ativa disediakan atau tidak
8. Paparan meter digital sepenuhnya dengan warna yang menawarkan infografik yang lebih menarik
9. Kemasan warna merah gantikan kemasan krom pada bahagian corong penyaman udara.
Itu adalah beberapa ciri menarik yang bakal diperkenalkan oleh Perodua bagi Myvi 2022. Tapi nak tahu samaada betul atau tidak, sama-sama kita tengok ketika Myvi 2022 ini dilancarkan pada hujung November 2021.
Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
Baca Artikel Menarik :
- Sanusi sindir TMJ lagi, diet sakan tak boleh menang juga
- Pedofil paksa remaja ukir nama pada payudara
- Rupanya objek keras dan tajam – Daphne Iking
- Peminjam B50 boleh mula mohon URUS
- PRN Melaka: Aku Janji PN hanya silap mata Muhyiddin?
- PRN Melaka: Calon PN hanya mampu jaja nama ‘Abah’
- Siakap vs empurau, mana lagi mahal?
- Makanan paling mahal dalam dunia, ayam selasih
- 5 Makanan Kayangan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia
- Doktor bidas Rita Rudaini
- Lokasi Kaum Thamud Yang Diazab Oleh Allah S.W.T Dan Kisah Nabi Salleh A. S [FOTO]
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro
You must be logged in to post a comment.