#PRNMELAKA2021: PENGUNDI TANJUNG BIDARA NEKAD MAHU “TANAM” ERMI

Oleh BamJekk

Menjelang beberapa hari pembuangan undi bagi pilihanraya negeri (PRN) melaka pada 20 November ini yang mana hamper keseluruhannya menyaksikan pertembungan yang hebat diantara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Bebas.

Sebanyak 28 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dipertandingankan yang mana hamper 85 peratus muka-muka baharu dari semua parti yang bertanding.

Bagi DUN Tanjung Bidara menyaksikan pertembungan tiga penjuru yang mana BN diwakili oleh Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Mas Ermieyati Samsudin (PN) dan Zainal Hassan mewakili PH bagi PRN kali ini.

Dalam tinjauan yang dibuat oleh media, rata-rata pengundi di kawasan N.02 Tanjung Bidara ini mahu ‘tanam’ Mas Ermieyati di kawasan ini dengan alasan beliau terlalu tamak dengan jawatan sedangkan beliau telah menyandang jawatan ahli parlimen Masjid Tanah.

Kata seorang pengundi disini Mohd Sood Mat Din, sepanjang Ermi menjadi Timbalan Menteri Pelancongan tiada satu projek pun yang dibawa ke Tanjung Bidara ini terutama di sekitar persisir pantai kawasan Tanjung Bidara ini.

Katanya lagi, isu pemilikan lessen kepada penguasaha-pengusaha chalet dan rumah tumpangan di kawasan ini juga tidak dapat diselesaikan oleh beliau sedangkan beliau mempunyai sedikit power ‘kuasa’ untuk menyelesaikan isu pemilikan lessen kepada pengusaha tersebut.

‘Beliau hanya pada berjanji tetapi tidak pernah menunaikan janji-janji tersebut sehinggalah ke hari ini, kini beliau juga bertanding di kawasan ini dan menabur janji-janji baru pula. Orang seperti ini tidak perlu diangkat oleh rakyat Tanjung Bidara dan seharusnya di ‘tanam’ terus dari erena politik Tanjung Bidara dan Masjid Tanah kali ini’.

Selain itu katanya lagi, dengar-dengar mengapa Mas Ermieyati melompat selepas PRU 14 lalu adalah kerana beliau telah songlap duit Puteri UMNO pada PRU 14 lalu dengan jumlah yang agak besar bagi kita orang kampung ini.

‘Dengar berjuta-juta juga duit tersebut dicuri oleh beliau yang mana disahkan sendiri oleh pemberi dana tersebut ketika itu di satu majlis sembang kedai kopi baru-baru ini sekitar pantai Tanjung Bidara ini’, tambahnya.

Sehubungan dengan itu, kesungguhan pengundi-pengundi Tanjung Bidara untuk menguburkan karier politik Mas Ermieyati disini dan juga Masjid Tanah semakin tinggi dan tanda pengukurannya bagi gerakan itu di Tanjung Bidara ini.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker