#PRNMELAKA2021: Muhyiddin Serang Tanjung Bidara

Oleh Megat Terawih

Panik dengan berita risik dari sumber rapat pasukan calon Mas Ermiyati bahawa PN bakal kalah teruk, akhirnya dikatakan Muhyiddin terpaksa turun ke Tanjung Bidara hari ini.

Kedatangan Muhyiddin hanya untuk menabur janji hasil dari pelancaran manifesto partinya.

RM200 untuk cikgu agama dan pemberian adalah dalam bentuk ‘bagi sekali sahaja’ dilihat seolah menghina warga pendidik. RM200 untuk sekali dalam masa 5 tahun?

Isu Mas Ermi yang dikatakan tidak mengistiharkan dana politik untuk puteri UMNO juga semakin panas. Kemana perginya dana PRU14 Puteri UMNO dan betulkah mencecah sehingga puluhan juta ringgit?

Skandal ‘kehilangan’ dana untuk Puteri UMNO Malaysia ini antara isu yang bakal dijawab oleh Muhyiddin esok?

Muhyiddin juga terpaksa menjawab tawaran RM200 tersebut umpama rasuah sedangkan calon-calon PN dilihat menandatangani ikrar menolak rasuah.

Janji tersebut terang-terang adalah rasuah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker