PRN Melaka: Pertembungan tiga segi moden
PERJALANAN sejarah negara pernah mencatatkan satu pertelingkahan yang dikenali sebagai Perang Tiga Segi.
Peperangan ini berlaku antara Portugis, Johor dan Aceh yang berlarutan sehingga 100 tahun lamanya. Faktor utama yang menyebabkan peperangan ini adalah persaingan antara kerajaan Johor, Aceh dan Portugis untuk menguasai perdagangan di kawasan strategik iaitu Selat Melaka.
Kini selepas beratus tahun berlalu, sekali lagi, di pesisir Selat Melaka berlaku Perang Tiga Segi moden. Isu pokok yang sama iaitu demi percaturan dan kuasa politik. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, tiada yang salah pertembungan tiga penjuru blok parti terbesar di Malaysia iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Timbul kekeliruan dalam kalangan rakyat kebanyakan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) tentang kewajaran berlaku pertembungan sebegini. BN dan PN umpamanya, kedua-duanya berada dalam satu gabungan yang membentuk kerajaan Persekutuan tetapi akhirnya bergerak dengan haluan masing-masing dalam PRN di Melaka.
BN terutama UMNO membuat keputusan untuk bergerak secara solo. Berpengalaman selama lebih 60 tahun menjadi kerajaan sejak merdeka sudah pasti mempunyai keyakinan BN untuk menguasai semula kerajaan dengan menjadikan Melaka sebagai medan ujian.
Cabaran yang mungkin BN perlu hadapi ialah untuk meyakinkan golongan pengundi muda yang menjadi penentu kepada keputusan nanti. PN juga pasti berusaha untuk menjadi sebuah gabungan parti alternatif kepada rakyat Melaka yang pernah memilih BN dan PH sebelum ini.
PN cuba membawa naratif kepada pengundi Melaka bahawa PN telah berjaya memimpin Malaysia mengharungi pandemik Covid-19 dengan baik. Di samping itu, PN turut menawarkan imej bersih dalam pentadbiran yang bakal diterajui sekiranya mendapat mandat.
PH pula pasti bersungguh-sungguh untuk mengembalikan mandat yang diperoleh ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pengkhianatan mandat rakyat yang dilakukan sebelum ini merupakan satu perkara yang pasti menjadi modal utama dalam kempen kali ini. PH masih lagi membawa naratif sebagai satu gabungan yang mantap dengan masyarakat berbilang kaum dan membawa kepada pembaharuan setelah begitu lama berada di bawah satu parti yang sama.
Mungkin PRN ini boleh menjadikan sebagai medan untuk memberi pengajaran kepada parti sendiri agar mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sebelum ini adalah satu amanah dan bukannya menjadi ‘buah catur’ dalam percaturan politik.
* Dr Muhammad Azwan Sulaiman ialah permerhati politik dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
Baca Artikel Menarik:
- Sanusi sindir TMJ lagi, diet sakan tak boleh menang juga
- Pedofil paksa remaja ukir nama pada payudara
- Rupanya objek keras dan tajam – Daphne Iking
- Peminjam B50 boleh mula mohon URUS
- PRN Melaka: Aku Janji PN hanya silap mata Muhyiddin?
- PRN Melaka: Calon PN hanya mampu jaja nama ‘Abah’
- Siakap vs empurau, mana lagi mahal?
- Makanan paling mahal dalam dunia, ayam selasih
- 5 Makanan Kayangan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia
- Doktor bidas Rita Rudaini
- Lokasi Kaum Thamud Yang Diazab Oleh Allah S.W.T Dan Kisah Nabi Salleh A. S [FOTO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET