KWSP: Siapa kata saya senyap? – Asyraf Wajdi

KWSP: Siapa kata saya senyap? – Asyraf Wajdi

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan mana-mana pihak yang mengatakan beliau tidak lagi memperjuangkan tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Rakyat (KWSP) i-Citra RM10,000 secara one-off.

Beliau berkata, pelbagai cadangan dikemukakan kepada KWSP, kerajaan, bahkan di Parlimen mengenai pendekatan yang boleh dibuat untuk menampung kembali kekurangan KWSP akibat pengeluaran yang terdesak semasa keadaan kecemasan dan luar biasa pandemik.



“Siapa kata saya senyap memperjuangkan tuntutan rakyat khususnya pengeluaran kali terakhir KWSP i-Citra?

“Malah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga membangkitkan dalam perbahasan Bajet 2022 di Parlimen.

“Kami sama-sama tuntut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz agar dapat menjawab dalam pergulungannya nanti,” katanya dalam satu ruangan komen di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Tengku Zafrul mengumumkan belanjawan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM332.1 bilion bagi 2022.



Walaupun beliau mengumumkan beberapa inisiatif pembaharuan termasuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), namun tidak menyentuh pengeluaran simpanan KWSP itu tidak dimasukkan dalam pembentangan belanjawan itu.

Menurut Dr. Asyraf, pihaknya tidak menafikan ada pihak yang berhujah bahawa 46 peratus pencarum mempunyai simpanan KWSP kura555ng daripada RM10,000, namun pilihan harus diberikan kepada 54 peratus lagi yang mempunyai simpanan melebihi RM10,000.

“Namun, hujah saya dan Najib, pilihan harus diberikan kepada 54 peratus lagi untuk mereka memulakan kehidupan pasca pandemik terutamanya selepas ramai yang hilang punca pendapatan, dibuang kerja, dicutikan tanpa gaji.

“Malah, pelbagai cadangan juga dikemukakan, bacalah status saya sepanjang perjuangan untuk rakyat.



“Tahun lepas, semasa kami kemukakan cadangan seperti ini, pelbagai kecaman dan perlian dihamburkan, tetapi apabila akhirnya kerajaan akur juga dengan menawarkan i-Sinar dan i-Lestari, ramai pula yang claim credit.

“Bagi kami, tiada masalah siapa yang mahu jadi hero, yang penting rakyat dapat manfaatnya. Inilah perjuangan kami yang terus bersuara dan menuntut bagi pihak rakyat,” jelasnya. Utusan

KWSP: Siapa kata saya senyap? – Asyraf Wajdi


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker