#PRNMelaka: Ketua Menteri Melaka dari PAS, jangan bermimpi!

Oleh Wahida

Dengan tegas Muhyiddin ingin memberitahu PAS bahawa parti itu tidak perlu bermimpi untuk diberi jawatan Ketua Menteri Melaka nanti. Bercakap kepada wartawan di Kampung Air Panas dalam program kempen untuk PRN Melaka. Muhyiddin tegas mahu jawatan Ketua Menteri Melaka diberikan kepada PPBM dengan alasan calon PPBM lebih besar dari calon-calon lain dari Perikatan Nasional.

Sememangnya itu tindakan terbaik untuk mendapatkan kestabilan sesebuah kerajaan dari gabungan parti-parti politik yang mengamalkan demokrasi.

Namun, lain pula tindakan Muhyiddin ketika dalam Pakatan Harapan dan juga ketika membentuk kerajaan PN bersama BN.

Ketika di dalam PH, pada asalnya PPBM hanya mempunyai 13 kerusi tetapi merebutkan jawatan Perdana Menteri.

Kemudian setelah PH tumbang, PPBM pula menambah bilangan kerusi dengan menambah sehingga 26 kerusi saja manakala Barisan Nasional mempunyai 41ahli parlimen , PAS dengan 18 dan Gabungan Parti Sarawak ada 19 kerusi dicampur dengan serpihan PKR sebanyak 11.

Dengan bilangan ahli parlimen BN yang terbanyak berbanding parti-parti lain, Muhyiddin mahukan jawatan Perdana Menteri.

Persoalannya, apakah ketika ini, dengan kerusi ahli parlimen BN yang terbanyak, Muhyiddin tidak pula hendak mengamalkan kestabilan kerajaan?

PAS telah memilih untuk bekerjasama dengan PPBM dalam Perikatan Nasional dalam PRN Melaka 2021. PN telah bertanding di kesemua 28 kerusi DUN di mana PPBM telah meletakkan 15 calon, 8 dari PAS dan 5 dari Gerakan.

Sememangnya PPBM lebih awal lagi tidak mahu calon PAS diberikan jawatan Ketua Menteri memandangkan hanya 8 saja calon diletakan untuk bertanding. PAS juga berkorban untuk PPBM apabila logo bulan tidak digunakan.

Melihat kepada pengorbanan PAS di dalam percaturan Muhyiddin ini, tidak mustahil jika formula yang sama akan digunapakai oleh Muhyiddin dalam PRU15 nanti. PAS tidak akan dibenarkan bertanding melebihi jumlah kerusi PPBM walaupun jumlah bilangan ahlinya jauh lebih ramai.

Apakah PAS akan terus-terusan menerima saja permainan kotor PPBM ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker