PRN Sarawak: Pembangkang mahu terima gaji percuma

Sebaran :

PRN Sarawak: Pembangkang mahu terima gaji percuma

Hanya Sarawak sahaja mempunyai pembangkang yang mahu pilihan raya negeri (PRN) ditangguhkan dan mereka mahu kekal menerima gaji percuma, dakwa Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abdul Karim berkata demikian sebagai mengulas desakan pihak pembangkang mahu PRN Sarawak ditangguhkan atas alasan Covid-19, yang disifatkannya sebagai taktik ‘melenggah-lenggahkan’ PRN diadakan.

Beliau berkata, jika dilihat di negeri lain, pihak yang selalu meminta pilihan raya diadakan adalah pembangkang kerana hanya dengan pilihan raya mereka dapat menumbangkan kerajaan sedia ada.



“Hanya di Sarawak sahaja, pembangkang tidak mahu pilihan raya dan mahu dilanjutkan. Mereka mahu gaji percuma,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.

Abdul Karim berkata, Proklamasi Darurat sudah ditarik balik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah tamat tempoh.

“Kita pada hari dalam masa kecederaan. Dalam sebuah kerajaan mesti ada badan perundangan. Kita mesti ada eksekutif dan perundangan.

“Perundangan kita sudah tidak ada, hendak ditunda sampai bila lagi? Kalau hendak mengatakan sehingga Covid-19 tidak ada, boleh sesiapa jamin Covid-19 akan lenyap terus?” katanya yang juga penyandang kerusi DUN Asajaya.



Beliau berkata, virus Covid-19 tidak akan lenyap pada tahun depan mahupun tahun seterusnya dan tindakan yang dapat dilakukan adalah melaksanakan langkah kawalan.

Katanya, Jabatan Kesihatan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah dapat mengawal penularan Covid-19, dengan kebanyakkan kes direkodkan adalah kategori satu dan dua.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Karim berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat terlalu lewat iaitu pada 24 November bagi membincangkan tarikh hari penamaan dan mengundi.

Katanya, sebaik SPR dimaklumkan mengenai pembubaran DUN, seperti pilihan raya lalu, dalam masa seminggu mereka dapat mengatur mesyuarat dan umum tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi. FMT



PRN Sarawak: Pembangkang mahu terima gaji percuma


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Takut Dibunuh, Hacker Ini Mohon Maaf Selepas Bocorkan Data Sensitif Keluarga Diraja Arab Saudi


Sebaran :

Leave a Reply