Murid sekolah maut dilanggar van

Murid sekolah maut dilanggar van

SEPANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dilanggar van dinaikinya, di hadapan sebuah tadika di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 tengah hari di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi itu, mangsa disahkan maut selepas mendapat rawatan kecemasan di hospital.



Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan mendapati mangsa dikatakan turun dari van berkenaan dan berjalan di hadapan van sebelum dirempuh.

Beliau berkata, setelah selesai menurunkan kesemua pelajar di tadika tersebut, pemandu van bergerak maju ke hadapan di mana pada masa yang sama mangsa melintas di hadapan van.

“Pemandu van kemudian melanggar mangsa menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pemandu berusia 31 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.



Wan Kamarul Azran berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu van menghantar mangsa dari sebuah sekolah kebangsaan ke sebuah tadika untuk transit.

Menurutnya, mangsa di bawa ke unit kecemasan Nilai Medical Centre namun mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan.

“Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk urusan bedah siasat,” katanya.

Katanya, ketika ini, polis sedang merakam percakapan pemandu van berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Sebelum ini, video memaparkan kejadian itu tular di media sosial. Utusan

Murid sekolah maut dilanggar van


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty



Kilang roti penuh najis tikus dan lipas



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker