#PRNMELAKA2021 : PRU14 PPBM Menang Kerana Undi Bukan Melayu

Oleh Ustaz Jef

Hari ini YB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sekali lagi berkunjung ke Melaka untuk melihat perkembangan dan persiapan jentera Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Melaka.

Dalam satu temubual khas bersama wartawan MyKMU beliau berkata di setiap tempat yang sempat beliau singgah dia melihat ada sambutan yang memberangsangkan dan apabila melihat wajah dan gaya mereka Nampak macam mereka akan memberi sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional.

Ketika ditanya wartawan berkenaan mengapa Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional masih menyerang beliau. Najib menjawab ringkas ianya mungkin kerana mereka anggap beliau masih ada sokongan daripada rakyat.

“Mana-mana saya pergi Alhamdulillah rakyat keluar, menerpa saya, ada yang selfie dan macam-macam.”

“Itu agaknyalah yang menjadi satu kekhuatiran kepada pembangkang, jadi mereka cubalah menjadikan saya ini sebagai sasaran. Tapi setakat ini saya tak nampak kesannya kepada kita.” Katanya.

Ketika ditanya kenapa PN menggunakan gambar Tan Sri Muhyiddin sebagai poster beliau berkata ianya mungkin kerana Muhyiddin adalah bekas Perdana Menteri. Calon mereka tidak dikenali, mereka tidak ada ‘grassroot’ dan PPBM semasa PRU14 menang kerana undi bukan Melayu.

Beliau amat berharap agar rakyat Melaka terutamanya pengundi-pengundi di Melaka tidak lagi membuat kesilapan. Pilihlah parti yang benar-benar boleh membantu rakyat dan seterusnya memajukan lagi negeri Melaka.

Link Youtube:

https://youtu.be/qesrSXu7YDA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker