PRN Melaka: Petugas parti politik positif Covid, 23 kontak rapat dikesan

PRN Melaka: Petugas parti politik positif Covid, 23 kontak rapat dikesan

Jabatan Kesihatan negeri telah mengenal pasti 23 orang kontak rapat kepada seorang petugas jentera sebuah parti politik yang didapati positif Covid-19, dan telah diarahkan untuk menjalani kuarantin.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rusdi Abd Rahman, berkata individu berasal dari Pahang itu berada di negeri ini sejak 1 Nov, bagi membantu jentera partinya dalam pilihan raya di Melaka.



Katanya, arahan penutupan bilik gerakan telah dikeluarkan bermula hari ini, memandangkan terdapat risiko penularan di lokasi itu.

“Beliau telah dikesan positif melalui ujian RTK-Ag di sebuah klinik swasta pada 9 Nov selepas mengalami gejala dan sedang menunggu keputusan RT-PCR. Semua kontak rapat dari Pahang yang juga petugas dan rakan serumah, telah diarahkan melakukan ujian sama serta menjalani kuarantin bermula semalam.

“Siasatan juga mendapati selain daripada hanya berada di rumah sewa yang bertindak sebagai ‘Call Centre’, individu positif itu melawat Bilik Gerakan parti politik berkenaan di Alai,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Rusdi berkata, kompaun bernilai RM10,000 turut dikenakan kepada parti politik tersebut di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021, kerana kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.



Katanya, ia berikutan tiada saringan suhu dijalankan, tiada buku rekod kehadiran disediakan dan gagal mengemukakan rekod saringan ujian RTK-Ag kendiri setiap dua hari, yang perlu dijalankan terhadap petugas atau jentera pilihan raya.

“Siasatan lanjut juga sedang dijalankan untuk mengenal pasti kontak-kontak rapat dan kontak sosial yang lain, dan setelah proses disinfeksi selesai dijalankan segala ketidakpatuhan diperbaiki, pihak berkenaan boleh membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk penilaian risiko bagi membuka semula Bilik Gerakan tersebut.

“Penularan dalam skala lebih besar boleh berlaku sekiranya pesakit positif Covid-19 terdedah dalam kalangan masyarakat dan menyebabkan kewujudan kluster baharu.

“Justeru Jabatan Kesihatan memandang serius perkara yang berlaku ini dan jentera pilihan raya semua parti serta orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya. FMT



PRN Melaka: Petugas parti politik positif Covid, 23 kontak rapat dikesan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty



Kilang roti penuh najis tikus dan lipas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker