Dos penggalak Pfizer tunjuk keberkesanan baik – pakar

Dos penggalak Pfizer tunjuk keberkesanan baik – pakar

Rumusan saintifik pemberian vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech sebagai dos penggalak di luar negara termasuk Thailand, Chile dan Turki menunjukkan keberkesanan yang baik.

Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut Kesihatan Negara (NIH) Dr Kalaiarasu M Peariasamy, berkata vaksin Comirnaty digunakan sebagai dos penggalak di Malaysia buat masa ini.

“Apa yang kita lihat, untuk golongan muda dan lebih 65 tahun, vaksin Pfizer yang diberi sebagai dos penggalak menunjukkan peningkatan imuniti. Ini pada tahap yang tinggi,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19, di sini.

Kalaiarasu berkata, kajian di Chile menunjukkan dos penggalak secara “homologous” iaitu penerima vaksin Coronavac menerima dos penggalak dari jenis vaksin sama menunjukkan peningkatan keberkesanan terhadap jangkitan antara 56 hingga 80%.

Bagi dos penggalak yang diberikan secara “heterologous”, atau penggunaan vaksin penggalak berlainan, iaitu Comirnaty menunjukkan kadar keberkesanan antara 56 hingga 90% dan antara 56 hingga 93% bagi vaksin keluaran AstraZeneca, katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata satu video yang tular mengenai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi perhatian kepada vaksin campuran digunakan sebagai dos penggalak, namun video itu dirakam pada Julai yang ketika itu tiada bukti saintifik yang nyata lagi.

Beliau berkata, kajian vaksin campuran di beberapa negara seperti Thailand dan Chile menunjukkan keberkesanan yang baik sehingga 90%.

Justeru, Hisham menyeru individu yang sudah menerima tarikh menerima dos penggalak agar tampil mendapatkannya.

“Kami dapati 40% tidak hadir untuk mendapatkan dos penggalak. Nasihat KKM adalah tampil dapatkan dos penggalak untuk tingkatkan imuniti menghadapi jangkitan berlaku,” katanya.

Hisham hari ini menerima dos penggalak, berkata jangkitan mula berlaku di beberapa negara Eropah termasuk Jerman dan Austria dengan peningkatan mendadak yang telah memulakan program vaksinasi lebih awal.

Katanya situasi itu harus dijadikan pengajaran kepada rakyat Malaysia untuk segera mendapat dos penggalak bagi mendapatkan perlindungan selain menggunakan kaedah serampang dua mata iaitu meningkatkan liputan vaksinasi dan tindakan kesihatan awam.

Hisham berkata, Sinovac dan AstraZeneca telah menghantar data kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk permohonan dos penggalak dan mesyuarat pada 17 Nov ini akan menilai semula data itu. FMT

Dos penggalak Pfizer tunjuk keberkesanan baik – pakar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker