Tarikh PRN Sarawak dibincang dalam Mesyuarat SPR

Mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 akan diadakan pada 24 Nov di Kuching, Sarawak.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh bermula pukul 9 pagi.

“Mesyuarat antara lain bertujuan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN itu seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Ikmalrudin berkata satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 Nov berkenan menamatkan Proklamasi Darurat bagi Sarawak, yang berkuat kuasa sejak 2 Ogos lepas.

Penamatan Proklamasi Darurat itu secara tidak langsung memberi laluan kepada PRN Sarawak diadakan setelah tempoh mandat kerajaan negeri Sarawak tamat pada 6 Jun lepas.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 5 Nov mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak telah terbubar berkuat kuasa 3 Nov, selaras perkenan Yang di-Pertuan Agong, sekali gus memberi laluan kepada PRN Sarawak.



– Bernama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Sarawak: Pembahagian kerusi PN diserah pada Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker