Resepi cekodok milo best yakmat

Sebaran :

Resepi cekodok milo best yakmat

Siapa yang tak suka makan cekodok? Pastinya ramai yang suka. Selalunya cekodok pisang yang selalu dijamukan. Kali ini kita try lain sikit.

Musim-musim hujan ni, cuaca sejuk saja, perut asyik lapar je,mulut pun kira nak mengunyah je so terhasillah CEKODOK MILO. Bukan budak-budak je suka makan mak pak budak pun suka…

Apa lagi jom kita try resepi di bawah ini.



Bahan

1.tepung gandum 2 cawan
2.milo setengah cawan
3.susu 3 sudu kalau nak manis lebihkan pun boleh
4.gula 2 sudu
5.Minyak jagung 3 sudu
6.serbuk penaik 1 sudu kecil kfc
7.air suam

Cara-cara

1.satukan semua bahan.
2.boh air suam sikit-sikit sampai adunan sebati. Pastikan tak lembik dan tak keras.
3.panaskan minyak baru goreng buat la bentuk bulat-bulat ye.
4.angkat dan boleh la dihidangkan dgn minuman panas kegemaran anda semua.



Jangan lupa share resepi dengan kawan-kawan ye.

Resepi cekodok milo best yakmat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PRN Melaka: Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada, Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN



Malaysia Bukan Negara Sihat – Khairy Jamaluddin


Sebaran :

Leave a Reply