PRN Melaka: Calon BN Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir, Sampah Di Pengkalan Batu

PRN Melaka: Calon BN Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir, Sampah Di Pengkalan Batu

MELAKA: Isu banjir dan masalah pelupusan sampah menjadi antara perkara yang akan diberi perhatian calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin jika diberi mandat oleh pengundi kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Kalsom atau mahu dikenali sebagai ‘Kak Som’ berkata aspek lain yang akan diberi perhatian ialah pembangunan fasiliti sukan dan pusat sehenti belia bagi memberi ruang kepada golongan itu untuk turut sama membangunkan Pengkalan Batu.

“Saya juga akan memberikan perhatian kepada pembangunan ekonomi masyarakat setempat dan menggerakkan agenda pembangunan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk Pengkalan Batu,” katanya dalam ceramah yang disiarkan menerusi laman Facebook BN COMMS di sini.

Kalsom, 68, yang pertama kali bertanding merupakan calon tertua dalam PRN Melaka, yang dipertaruhkan oleh BN dengan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara beliau, Muhamad Danish Zainudin (Pakatan Harapan), Mohd Azrudin Md Idris (Perikatan Nasional), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas) dan Dr Mohd Aluwi Sari (Parti Bumiputera Perkasa Malaysia) di DUN Pengkalan Batu.

Ketua Wanita UMNO Hang Tuah Jaya itu antara lima calon wanita dipertaruhkan BN bersama Tuminah Kadi yang bertanding di kawasan Pantai Kundor, Datuk Khaidhirah Abu Zahar (Rim), Siti Faizah Abdul Azis (Sungai Rambai) dan Leong Hui Ying (Kesidang)- BERNAMA

PRN Melaka: Calon BN Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir, Sampah Di Pengkalan Batu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker