Mahathir tegur calon jual namanya dalam PRN Melaka

Mahathir tegur calon jual namanya dalam PRN Melaka

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Dr Mahathir Mohamad menegur calon yang mengaitkan dirinya dan parti itu dalam pilihan raya negeri Melaka.

Tanpa menyebut secara khusus pihak itu, dia menegaskan Pejuang tidak menyokong mana-mana pihak atau meletakkan calon proksi.



“Saya harap dengan penjelasan ini tidak lagi ada sesiapa yang akan cuba kaitkan saya, mahupun Pejuang dengan mana-mana calon yang bertanding,” katanya.

Pejuang sebelum ini memutuskan tidak bertanding dan tidak akan membantu mana-mana calon kerana merasakan pilihan raya tidak sesuai diadakan susulan penularan Covid-19

Parti itu bimbang berlaku gelombang baru seperti selepas PRN Sabah tahun lalu.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selepas empat ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadap kerajaan BN-Perikatan Nasional (PN).



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov. Mk

Mahathir tegur calon jual namanya dalam PRN Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga



Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker