Covid-19: 6323 kes baharu, naik lagi



Covid-19: 6323 kes baharu, naik lagi

COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,323 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,528,821.

Jangkitan baru hari ini adalah yang tertinggi dalam 14 hari, sejak 28 Oktober lalu.

Semalam, kes positif baru Covid-19 melepasi 6,000 dengan sebanyak 6,243 kes dilaporkan. Pada Ahad, 7 November,kes baru yang dicatakan adalah 4,343 kes – iaitu jumlah kes yang terendah – dalam 175 hari, sejak 16 Mei.

Namun, jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi seminggu lalu telah menurun sebanyak 3.3 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.




Bagaimanapun beberapa negeri mengalami peningkatan kemasukan hospital terutamanya di Melaka (+30.0 peratus) dan Negeri Sembilan (+10.9 peratus).

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (10 November) yang menyaksikan 6,243 kes baru adalah seperti berikut:

Selangor (1,597)
Kelantan (806)
Sabah (573)
Johor (485)
Sarawak (480)
Kedah (438)
Pahang (367)
Kuala Lumpur (323)
Pulau Pinang (318)
Terengganu (273)
Perak (200)
Negeri Sembilan (199)
Melaka (125)
Perlis (33)
Putrajaya (19)
Labuan (7)

Covid-19: 6323 kes baharu, naik lagi





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PRN Melaka: Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada, Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN

Malaysia Bukan Negara Sihat – Khairy Jamaluddin



Leave a Reply

Your email address will not be published.