RUU 355: Masih ada dalam radar atau berkubur tanpa nisan?

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa memberi penjelasan sama ada Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali sebagai RUU 355 akan di bawa ke Dewan Rakyat atau sebaliknya.

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) berkata, penjelasan ini perlu sebagai pencerahan kepada rakyat yang masih tertanya-tanya mengenai perkara yang begitu kuat dibangkitkan kelompok tertentu sebelum ini.

“Saya terpanggil untuk bertanya kepada pihak kerajaan kerana setiap kali saya balik ke kawasan, rakyat di Kelantan terutamanya akan bertanya apa dah jadi dengan RUU 355 ini.

“Hilang di mana, masih ada dalam radar atau sudah hilang dari (dan) adakah kerajaan benar-benar berhasrat untuk membawa ke dewan yang mulia ini atau tidak.

“Ini perlu dijawab (oleh kerajaan) kerana janji ini ada hubung kait dengan agama. Kita berjanji atas dasar agama dan jadi tanggungjawab kita (tunai) apabila berjanji kepada rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Ujar Ahmad Jazlan, beliau secara peribadi memberi jaminan akan turut mengambil bahagian dalam perbahasan jika ia dibentangkan di Dewan Rakyat nanti.

“InsyaALLAH, kalau intipatinya memang terbaik demi kepentingan agama, negara saya akan menyokong. Jadi saya tidak nampak ada sebab mengapa ia tidak boleh dibawa dan tidak boleh disokong kerana melibatkan orang Islam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menaruh harapan tinggi agar kerajaan segera memberi penjelasan supaya tiada pihak yang akan membuat spekulasi sendiri kelak.

“Kita tidak mahu nanti rakyat kata (kerajaan) hanya ingin melepaskan batuk di tangga atau hanya satu sandiwara politik. Hanya sekadar janji politik, malah ada antara orang yang berjanji (untuk laksana RUU 355) ini semuanya berada dalam kerajaan,” katanya.

RUU 355: Masih ada dalam radar atau berkubur tanpa nisan?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker