Doktor disaman kerana cuai masukkan embrio orang lain dalam rahim isteri [VIDEO]

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Sepasang suami isteri menyaman sebuah klinik kesuburan di Los Angeles kerana telah memasukkan embrio yang salah semasa prosedur persenyawaan in vitro (IVF), sekali gus menyebabkan dua keluarga membesarkan anak yang ‘salah’ selama beberapa bulan, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Daphna dan Alexander Cardinale yang merupakan pelanggan Pusat Kesihatan Reproduktif California (CCRH) dan Dr. Eliran Mor pada 2019 membuat tuntutan mahkamah yang difailkan pada Isnin lalu.

Tuntutan itu menyatakan bahawa mereka mengamanahkan Mor dan klinik kesuburan itu untuk menyelesaikan prosedur IVF selepas bertahun-tahun gagal mendapatkan anak kedua.

Biarpun teruja dengan kelahiran seorang bayi perempuan, Alexander terkejut dan keliru melihatkan rupa paras bayi itu.

Ini kerana bayi berkenaan mempunyai kulit yang gelap dengan rambut berwarna hitam, berbeza dengan ciri fizikal mereka suami isteri.

Menurut tuntutan mahkamah, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan bahawa anak yang dilahirkan Daphna tidak berkaitan dengan dirinya atau suaminya.

“Keupayaan saya untuk hamil anak sendiri telah dirampas. Saya tidak berpeluang untuk membesarkan dan menjalin hubungan dengan anak saya sendiri ketika hamil,” kata Daphna..

Tuntutan mahkamah mendakwa defendan ‘secara melulu, cuai, dan atau secara sedar kehilangan atau secara aktif memutuskan untuk memberikan’ embrio pasangan itu kepada pasangan lain dan memasukkan embrio yang salah ke dalam rahim Daphna.  – AGENSI

Doktor disaman kerana cuai masukkan embrio orang lain dalam rahim isteri [VIDEO]


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Ambil tauladan, 22 bulan PH memerintah janji bulan bintang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker