Benarkah Singgahsana Iblis Berada di Lautan?

Benarkah Singgahsana Iblis Berada di Lautan?

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya).

Maka datanglah salah satu tenteranya dan melaporkan: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melaporkan: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” (HR Muslim).



Menurut Pensyarah Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia Dr. A Irwan Santeri Doll Kawaid al-Nadwi, hadis sahih di atas adalah penjelasan Nabi s.a.w. mengenai singgahsana iblis yang berada di atas air yakni laut.

Keberadaan singgahsana itu di atas air kerana sikap terlampau iblis yang ingin menyaingi Allah disebabkan arasy Allah juga berada di atas air. Ia seperti mana yang dikhabarkan menerusi surah Hud: 7,

“Dan Dia yang menjadikan langit dan bumi dalam masa sedang Arasy-Nya berada di atas air (ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika Engkau (Wahai Muhammad) berkata: “Bahawa kami akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati” tentulah orang-orang yang engkar akan berkata: “Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipunya).”

Selain itu juga, Allah memberi kelebihan kepada syaitan untuk membuat singgahsana dengan izin-Nya sebagai tanda atau teladan kepada manusia betapa sombongnya iblis. Sehingga tidak mahu kalah dengan kekuasaan yang Allah ada, meskipun mereka (iblis) tidak sedar, mereka juga adalah makhluk Allah.



Rupanya, di singgahsana itu jugalah tempat sekalian iblis bermesyuarat dengan tentera-tenteranya terdiri daripada anak-cucu iblis sendiri iaitu syaitan-syaitan dan dalam kalangan jin-jin kafir atas usaha kejahatan yang telah mereka lakukan.

Semakin besar fitnah atau kerosakkan yang telah mereka lakukan maka semakin mendapat pujian dan sanjungan daripada iblis.

Jelas Dr. A. Irwan lagi, dalam lafaz hadis tersebut, perkataan ‘saroya’ yang membawa maksud tentera adalah tentera yang tidak diketuai. Ini bermaksud iblis menghantar konco-konconya melakukan tugas untuk menyesatkan manusia secara sendirian tanpa dipantau. Apabila mereka pulang, mereka diminta melaporkan segala kegiatan terkutuknya itu kepada ketua iblis.

Di Manakah Singgahsana Itu?



Ramai yang menafsirkan singgahsana itu adalah Segitiga Bermuda kerana ia sering dikaitkan dengan kes kehilangan yang misteri. Kapal-kapal di laut juga di langit yang hilang termasuk anak-anak kapal tidak dapat dikesan setelah melalui perairan tersebut.

Malah, satelit USA cuba mengesan kawasan Segitiga Bermuda di dapati seolah-olah ada satu dataran yang luas dan terdapat bunyi yang bising. Bunyi itu tidak dapat difahami bahasa yang diucapkan seperti makhluk asing yang tidak dapat dikesan identiti mereka dan bunyi-bunyi tersebut tidak terdapat di mana-mana keadaan laut yang biasa.

Pernah berlaku satu peristiwa seorang juruterbang Muslim melalui kawasan tersebut (selepas perang Vietnam) dan peralatan eletronik pesawat tersebut telah hilang kawalan dan terus menjunam ke laut.



Juruterbang pesawat tersebut tidak mampu berbuat apa-apa lantas beliau melaungkan azan sekuat-kuatnya tiba-tiba peralatan eletronik pesawat tersebut pulih seperti sedia ada dan beliau terselamat dengan izin Allah daripada terhempas di laut Segitiga Bermuda.

Dalam hadis Rasulullah s.w.a. juga menjelaskan bahawa apabila azan dilaungkan iblis dan syaitan akan lari lintang pukang hingga terkentut-kentut kerana takut terhadap suara azan.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a.

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri.



Sehinggalah selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwaswaskan). Dia akan berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.” (HR al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)

Namun tuntas Dr. A. Irwan, itu semua adalah andaian manusia dan hasil dari kajian orang barat. Selaku orang Islam, kita yakin dan percaya pada hadis tersebut bahawa memang wujudnya singgahsana iblis di atas lautan, namun sejauh mana kesahihannya Segitiga Bermuda itu merupakan singgahsana iblis atau sesuatu yang berkait dengannya, hanya Allah dan Rasul sahaja yang mengetahuinya. Wallahu a’lam utv


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra



Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker