Tentera Laut AS ada ‘kapal LGBT’
SAN DIEGO, California – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) merasmikan sebuah kapal dinamakan sempena seorang pegawai daripada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipaksa meletak jawatan pada tahun 1950-an susulan orientasi seksualnya, lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam.
Kapal USNS Harvey Milk dirasmikan kelmarin dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Setiausaha Tentera Laut AS, Carlos Del Toro serta anak saudara Milk, Stuart.
Ia merupakan satu daripada enam buah kapal yang dinamakan bersempena dengan pemimpin-pemimpin hak asasi awam AS.
Milk berkhidmat sebagai pegawai penyelam dan leftenan di atas kapal penyelamat kapal selam, USS Kittiwake ketika Perang Korea.
Dia bagaimanapun dipaksa untuk meletakkan jawatan dua minggu selepas disoal siasat mengenai orientasi seksualnya pada tahun 1955.
Milk kemudiannya menjadi ahli politik LGBT pertama AS yang terbuka mengenai orientasi seksualnya pada 1977 sebelum mati setahun kemudian akibat ditembak oleh seorang bekas penyelia bandar, Dan White. – Agensi
Tentera Laut AS ada ‘kapal LGBT’
Baca Artikel Menarik:
- Dos penggalak COVID-19: ‘Pergi klinik, klinik tutup’, KKM perkukuh MySejahtera
- Anak arwah Vanessa masih di rawat
- Siakap kayangan, Restoren Terapung Sas Rimba tak terjejas
- Kerajaan gagal lucut hak barangan milik Najib, Rosmah
- PAS tidak boleh bermain ‘Dua Kolam’
- PRN Melaka: Serangan peribadi tidak melunturkan semangat Dira untuk berkhidmat
- Tak terkelip tengok Nabila Huda bertinju
- Sebak tengok ‘baby bump’ Neelofa
- Mike Tyson bidas pemimpin Melayu UMNO, Bersatu dan PAS
- Bekas YB ‘Juara Penambak Babi’ yakin menang walaupun bertanding bebas
- PRN Melaka: PH suka katak, pengkhianat hawau
Layari Laman Facebook MYKMU.NET