PRN Melaka: Serangan peribadi tidak melunturkan semangat Dira untuk berkhidmat
SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira enggan melayan tindakan pihak tertentu yang cuba menjatuhkan beliau melalui serangan peribadi apabila menggunakan gambar lamanya untuk dijadikan mainan politik.
Beliau yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim berkata, tindakan terbabit disifatkan perkara biasa yang sering kali berlaku setiap kali kempen pilihan raya berlangsung.
Menurutnya, perjalanan harus diteruskan kerana rakyat Melaka yang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan sentiasa memilih yang terbaik.
“Hahaha biasalah itu, kita jalan terus! Janji rakyat Melaka akan pilih yang terbaik,” ciapnya di Twitternya pada malam Ahad.
Beliau berkata demikian mengulas ciapan @HermyRahim yang menyatakan bahawa Dira diserang secara peribadi dengan menggunakan gambar lamanya.
Menurut Helmy, serangan yang dilakukan adalah perbuatan kotor oleh sebahagian ahli politik.
“Wow Dira Abu Zahar kena serangan peribadi dengan gambar-gambar lama. Kotornya politik korang (kalian), apabila terkena dekat kalian nanti mula kata politik kotor dan sebagainya,” ujarnya.
Pada Sabtu, Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang akhbar memaklumkan Dira adalah antara muka baharu yang ditampilkan BN bagi PRN Melaka kali ini.
PRN Melaka: Serangan peribadi tidak melunturkan semangat Dira untuk berkhidmat
Baca Artikel Menarik:
- Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’
- Rauf dan Mas Ermieyati bakal berentap di Dun Tanjung Bidara
- Salt Bae tinggalkan restoran ‘cekik darah’ di London
- PRN Melaka: PH suka katak, pengkhianat hawau
- Letak duit dalam coli pun tak selamat
- Suara Level Penyanyi Karaoke – Azmeer Tegur Iqbal
- Gelagat politik PAS tidak patuh syariah?
- Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis
- PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu
- Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya
- Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor
- Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias
- Kemaluan bengkak, kanak-kanak didakwa disunat jin
- McDonalds kembali dengan menu ayam goreng 3x pedas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keputusan PRN Melaka jadi penentu hala tuju PAS-PN dalam PRU15