Calon Wanita Muda, Dira Abu Zahar Berbesar Hati Amanah Diberikan Parti [VIDEO]

Calon Wanita Muda, Dira Abu Zahar Berbesar Hati Amanah Diberikan Parti

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim mewakili Barisan Nasional (BN) Datuk Khaidhirah Abu Zahar berjanji tanggungjawab yang digalas beliau sebagai calon wanita muda parti akan dilakukan sebaiknya untuk rakyat.

Katanya, tempoh untuk menghadapi berbaki dua minggu ini amat penting buat beliau bagi memperoleh amanah daripada pengundi di sini.

“Sebenarnya menjadi calon ini sendiri hingga sampai ke tahap ini bukan sahaja untuk wanita muda tetapi untuk semua sebenarnya khususnya di DUN ini.

“Saya mewakili golongan muda diberikan amanah menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin andai kata dipilih 20 Nov ini tetapi juga saya mewakili keseluruhan DUN Rim khususnya tidak kira Melayu, Cina dan India,” katanya selepas ditemui menghadiri Pusat Penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Jasin, Lipat Kajang, di sini hari ini.

DUN Rim menyaksikan berlaku tiga penjuru di antara calon dari BN, Perikatan Nasional (PN) (Azalina Abdul Rahman) dan Pakatan Harapan (PH) (Prasanth Kumar A/L Brakasam).

https://www.youtube.com/watch?v=z8DMeRB-fcY

BN mempertaruhkan Khaidhirah atau Dira, 37 tahun yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO serta satu-satunya pemimpin Pergerakan Puteri UMNO negeri yang dipilih sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Bekas pelakon dan pengarah itu juga merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar.

BN kali ini mempertaruhkan 86 peratus calon muka baharu pada hari pengundian yang bakal berlangsung pada 20 Nov depan menyaksikan keseluruhan UMNO diwakili 20 calon, tujuh MCA dan satu daripada MIC.

28 peratus daripada itu pula adalah 45 tahun ke bawah, lima adalah wanita, empat daripada itu adalah UMNO dan satu MCA. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Calon Wanita Muda, Dira Abu Zahar Berbesar Hati Amanah Diberikan Parti

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mike Tyson bidas pemimpin Melayu UMNO, Bersatu dan PAS

Keputusan PRN Melaka jadi penentu hala tuju PAS-PN dalam PRU15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker