Pfizer Dakwa Pil Anti Viral COVID-19 Keluarannya Mampu Kurangkan Kemasukan Ke Hospital
Pfizer Dakwa Pil Anti Viral COVID-19 Keluarannya Mampu Kurangkan Kemasukan Ke Hospital
KAPSUL anti viral covid dibangunkan pfizer menunjukkan ia berupaya mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan golongan rentan sehingga 89%.
Hasil ujian klinikal ke atas kapsul Paxlovid ini didedahkan sehari selepas pihak kawal selia ubat-ubatan United Kingdom (UK) meluluskan kapsul dengan fungsi sama dari Merck.
Menurut Pfizer, ia menamatkan ujian klinikal ke atas Paxlovid, susulan keputusan awal yang sangat positif.
Sekiranya diluluskan, Paxlovid bakal menjadi unsur pertahanan untuk mengekang virus, selain vaksin dan rawatan lain.
Menurut Pfizer, ia merancang mengemukakan keputusan awal ujian untuk pilnya kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS).
Dengan perkembangan ini, UK dan AS dilaporkan sudah menempah ratusan ribu kapsul Paxlovid tersebut.-NY Post
Pfizer Dakwa Pil Anti Viral COVID-19 Keluarannya Mampu Kurangkan Kemasukan Ke Hospital
You must be logged in to post a comment.