Pesara polis Tan Sri J J Raj meninggal dunia pada usia 100 tahun

Pesara polis Tan Sri J J Raj meninggal dunia pada usia 100 tahun

Bekas Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri JJ Raj (Jr) meninggal dunia pada usia 100 tahun awal pagi ini.

Mendiang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Ara Damansara kira-kira jam 1.55 pagi tadi akibat serangan jantung.



Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan pada Sabtu.

“Jasa dan bakti yang pernah dicurahkan oleh Tan Sri JJ Raj (Jr.) sangat besar dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada pasukan dan negara,” katanya.

Mendiang yang terkenal selaku Ketua Polis Daerah Pagoh, Johor pernah mengetuai Skuad Harimau (Tiger Squad) untuk menyelamatkan warga Balai Polis Bukit Kepong yang diserang pengganas komunis, sewaktu era darurat pada tahun 1950.

Mendiang dilantik sebagai Pengarah Pengurusan, Bukit Aman pada tahun 1974 sebelum menjalani persaraan wajib pada tahun 1976 dengan pangkat Pesuruhjaya Polis.

Jasad mendiang akan dibawa ke Nirvana Memorial Park, Shah Alam untuk diberikan penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan orang ramai, petang ini.



Mendiang meninggalkan 4 orang anak serta 3 cucu.

Isterinya, Puan Sri Irene Raj meninggal dunia pada 2007.-Awani

Pesara polis Tan Sri J J Raj meninggal dunia pada usia 100 tahun

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin



Hidangan siakap lebih RM1,000: Jangan tular, lapor kepada KPDNHEP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker