Pas Tidak Mahu Hanya Jadi Penumpang – Presiden PAS

Pas Tidak Mahu Hanya Jadi Penumpang – Presiden PAS

KUALA TERENGGANU: Pas tidak mahu dikurung dalam sebarang permuafakatan yang tertutup dengan hanya menjadi penumpang dalam politik tanah air.

Sebaliknya, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin parti itu perlu menjadi pemimpin bersama rakan gabungan bagi menyelamatkan negara.

Dalam ucapan dasar di pembukaan Muktamar Pas kali ke-67 pagi ini, Abdul Hadi berkata Pas wajib berusaha untuk menjadi sebuah parti penentu dalam keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kelak berasaskan kerusi yang dimenangi dan bukannya banyak kerusi bertanding tanpa dimenangi.

Dengan tema ‘Islam Menyatukan Ummah’, Muktamar Pas kali ini berlangsung di Kuala Terengganu dengan kehadiran hampir 700 orang daripada keseluruhan 1,546 perwakilan seluruh negara.

Abdul Hadi berkata, Pas perlu menjadi ‘king maker’ dan turut memimpin dalam kerajaan persekutuan.

Jelasnya, muktamar kali ini adalah terpenting dan mungkin terakhir sebelum PRU15.

Muktamar kali ini juga katanya, ialah bagi menegaskan hala tuju Pas menuju PRU15 dengan mengekalkan negeri yang dikuasai Pas dan mengekalkan kerajaan persekutuan.

Di akhir ucapan, Abdul Hadi turut berpesan supaya Pas dan keseluruhan ahlinya terus berpegang kepada agenda Islam menyatukan ummah dengan beberapa takrifan.

Ia termasuk, persiapan calon berwibawa, gerak kerja jentera pilihan raya di peringkat akar umbi dan pemantapan organisasi.

Muktamar kali ini juga akan menyaksikan pemilihan jawatan Naib Presiden dan 18 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, manakala jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.-AA

Pas Tidak Mahu Hanya Jadi Penumpang – Presiden PAS

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin

Hidangan siakap lebih RM1,000: Jangan tular, lapor kepada KPDNHEP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker