Mufti kata PBT kena guna kuasa larang penjualan arak

Sebaran :

Penguatkuasaan larangan penjualan minuman keras termasuk arak sepatutnya sudah lama dilaksanakan memandangkan Malaysia sebuah negara Islam.

Ditambah pula, pemimpin dan pentadiran negara majoritinya adalah Melayu dan Islam – pasti memudahkan lagi pelaksanaan jika ia benar-benar mahu dikuat kuasakan, kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusuf Ahmad.

“Kita perlu gunakan kuasa yang ada untuk kuat kuasakan larangan arak kepada umat Islam di setiap negeri, ini semua ini penting demi masa depan negara.

“Jangan esok bila hilang kuasa baru menyesal hanya kerana sikap tolak ansur sendiri, ketika itu sudah tidak ada guna lagi memandangkan semua berpunca dari kelemahan sendiri.



“Jadi rebut peluang sekarang selesaikan permasalahan berkaitan isu arak, ingat ini melibatkan syarak,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak berkuasa negara juga perlu bertindak tegas dan tidak terlalu bertolak ansur atau tunduk dengan mana-mana desakan pihak tertentu.

“Kita tengok agama lain, mereka tegas membuat peraturan. Jadi kita juga boleh buat perkara yang sama.

“Jangan kerana sikap terlalu bertolak ansur dan mahu menjaga hak orang lain kita pula yang terpaksa berkorban dan rugikan diri sendiri,” katanya.



Senada dengan pandangan itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman pula berkata, semua negeri perlu mencontohi tindakan kerajaan Kelantan dan Terengganu apabila melarang penjualan arak secara terbuka dan terbukti berjaya melakukannya.

“Sebagai negara Islam kita perlu patuh kepada syarak dan melarang penjualan arak walaupun minuman berkenaan tidak haram kepada orang bukan Islam,” katanya.

Beliau turut memberi contoh pentadbiran Brunei yang tidak membuat penjualan secara terbuka kepada rakyatnya.

“Kita sepatutnya mencontohi Brunei, semua itu berjaya dilakukan disebabkan ketegasan daripada pentadbiran dan pemimpin negara,” katanya.



Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan ahli majlis di setiap negeri mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan larangan penjualan minuman beralkohol kepada umat Islam di negara ini.

Dalam masa sama, beliau turut memuji tindakan Perak yang tidak membenarkan penjualan arak secara runcit bermula tahun depan dan menyifatkan perkara itu sebagai kesedaran terbaik daripada pimpinan negeri berkenaan.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menguatkuasakan larangan penjualan arak (liquor) di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina.

Bagaimanapun, penjualan bir oleh premis terbabit masih dibenarkan bermula jam 7 pagi hingga 9 malam sahaja, sebagaimana terkandung dalam syarat baharu untuk permohonan Lesen Minuman Keras (LMK).

Mufti kata PBT kena guna kuasa larang penjualan arak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larangan jual arak: MCA patut fikir keselamatan rakyat, bukan untungkan kapitalis


Sebaran :

Leave a Reply