Sulaiman dijangka bertanding pertahan kerusi DUN Lendu

Sulaiman dijangka bertanding pertahan kerusi DUN Lendu

MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, dijangka menjadi antara calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan, bagi mempertahankan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau dijangka dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) pada PRN kali ini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang disandangnya.



Selain itu, penyandang kerusi DUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman, dan Datuk Zaidi Attan (Serkam) juga dijangka bertanding mempertahankan kerusi masing-masing.

Penyandang kerusi DUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang memenangi PRU-14 atas tiket Pakatan Harapan (PH) sebelum menyertai UMNO pada tahun lalu, turut dijangka bertanding lagi di kawasan itu.

Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abd Razak Abd Rahman pula dijangka dicalonkan semula di DUN Telok Mas.

BN dijangka menampilkan lebih 90 peratus muka baharu untuk membawa cabaran parti pada PRN Melaka kali ini.



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, disebut-sebut sebagai antara 23 muka baharu yang dijangka diketengahkan BN.

Beliau dijangka dicalonkan di DUN Tanjung Bidara, manakala Timbalannya yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad pula di DUN Pantai Kundor.

Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan, dijangka dicalonkan di DUN Asahan; Naib Ketuanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Akmal Saleh (Merlimau); Ketua Puteri UMNO Jasin, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau Dira (Rim); Penolong Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah (Kuala Linggi); dan Ketua Pemuda UMNO Tangga Batu, Datuk Rais Yasin (Paya Rumput).

Turut dijangka dicalonkan, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu, Mohd Fasarul Md Isa (Sungai Udang); Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (Pengkalan Batu); dan Timbalannya, Datuk Hasnoor Sidang Husin (Bukit Katil).



Menjelang penamaan calon PRN Melaka pada Isnin depan, BN dijadual mengumumkan senarai 28 calonnya secara dalam talian atau menerusi Facebook UMNO Online tanpa sebarang majlis, jam 10 pagi Sabtu ini. BH

Sulaiman dijangka bertanding pertahan kerusi DUN Lendu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker