Bersatu takut bayang-bayang sendiri – Zahid

Sebaran :

Bersatu takut bayang-bayang sendiri – Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menempelak Bersatu, yang didakwanya semakin kecewa kerana Umno tidak akan bekerjasama dengan parti itu pada pilihan raya Melaka akan datang.

Menerusi hantaran di Facebook Zahid berkata jelas kepada umum mengapa Bersatu semakin gementar.

“Mereka sedang takut dengan bayang-bayang sendiri kerana sedar tentang perbuatan dan ‘kezaliman’ mereka,” katanya.



Zahid mendakwa Bersatu yang pernah bergandingan bersama DAP dalam PH telah “menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 dengan tipu daya.”

“Kini perlu berdepan semula dengan Umno dalam PRN Melaka sebelum sempat memanipulasi cerita.

“Selepas fitnah yang ditaburkan oleh mereka sudah tumpul dan rakyat menyedari tentang kecurangan dan hipokrasi mereka sendiri,” dakwanya lagi.

Umno dan Bersatu -sebahagian daripada kerajaan persekutuan yang sama – bersedia untuk bertembung dalam pilihan raya Melaka.



Hari penamaan calon pada Isnin, tetapi PAS masih cuba merundingkan supaya Bersatu dan Umno tidak bertembung untuk kerusi yang sama.

Analisis awal menunjukkan Bersatu mungkin mengalami nasib buruk pada pilihan raya negeri walaupun dengan bantuan PAS, malah mungkin akan kalah teruk jika berhadapan dengan Umno dalam pertembungan tiga penjuru.

Zahid berkata strategi kempen Umno akan tertumpu kepada meningkatkan rekod prestasi Umno-BN dalam mentadbir Melaka.

“Memperjelaskan segala tohmahan fitnah yang tidak benar dan mengingatkan rakyat Melaka apakah itu bersatu dan PH,” katanya. Mk



Bersatu takut bayang-bayang sendiri – Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk


Sebaran :

Leave a Reply