#PRNMelaka : Fitnah Ke Atas Calon-calon BN Sedang Rancak Direka Dan Disebarkan

Oleh Wahida

PRU14 lalu, Barisan Nasional tewas kepada Pakatan Harapan bukan kerana kehebatan PH membangunkan negara atau memberi kesejahteran kehidupan kepada rakyat tetapi BN telah tewas kepada fitnah yang dilontarkan terhadap pemimpin-pemimpin terutamanya DS Najib Razak.

Akhirnya rakyat juga yang tertipu kerana telah menyisihkan seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan dihormati seluruh pelusuk dunia.



Serangan yang sama digunakan terhadap calon-calon BN dalam PRN Melaka ini juga akan diulang pakai sebagai strategi PH dan PN untuk mempengaruhi dan menipu pengundi.

Yang pasti, di antara sasaran utama mereka adalah Ketua Menteri Melaka, Ketua BN Melaka. Malah PH dan PN juga akan cuba mengulangi fitnah-fitnah yang dicipta terhadap DS Najib Razak dan Presiden UMNO.

Dalam satu sesi temu bual Imam Besar Masjid Negeri Melaka Datuk Mohammad Hashim al-Hafiz dalam rancangan Mutiara Ilmu yang disiarkan Radio Melaka FM hari ini, beliau telah mengingatkan rakyat Melaka supaya sentiasa berwaspada dengan fitnah yang akan disebarkan. Sebagai umat Islam, mereka seharusnya peka terhadap berita yang disampaikan dan sentiasa berusaha menyelidiki sama ada ia benar atau sebaliknya.

Ini sangat bertepatan dengan ajaran ugama Islam. Maka di zaman dunia tanpa batasan ini, segala maklumat di media sosial perlulah ditapis dahulu sebelum dipercayai kesahihannya.



Yang lebih membimbangkan apabila ada di antara kita pula yang gemar menyebarkan di media-media sosial tanpa menyedari mereka bersubahat dengan fitnah.

Jika kita masih ingat dengan janji-janji bulan dan bintang Pakatan Harapan ketika berkempen untuk PRU14, rakyat akhirnya ditipu setelah mereka menang dan menganggap segala janji mereka kepada rakyat yang gagal ditunaikan adalah kerana ia bukan kitab suci dan menganggap ia bukan satu dosa jika mereka tidak melaksanakannya.

Gunakalah kebijaksanaan akal dianugerahkan Allah untuk membuat penilaian sama ada berita itu benar atau sebaliknya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker