Resepi kerutuk kambing power

Sebaran :

Resepi kerutuk kambing power

Buntu tidak tahu menu apa yang ingin dihidangkan?

Bila sebut masakan kambing pasti ramai tidak akan menolaknya. Semua akan serbu menu kambing dahulu. Daging kambing memang sedap , kena pulak cara masaknya, pasti licin lauk ni.

Jom cuba resepi kerutuk kambing yang mudah disediakan ini. Selamat mencuba!



BAHAN-BAHAN:

1 kg daging kambing
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
300 gm rempah kerutup
1 sudu besar ketumbar
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
1 biji santan kelapa
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Sedikit gula melaka
Air asam jawa

BAHAN UNTUK MENUMIS:

5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah



CARA MENYEDIAKAN:

Daging dipotong dan dibersihkan. Rempah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan ketumbar dikisar halus.
Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan menumis. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan rempah yang telah dikisar dan serai yang telah dititik. Tumis sehingga rempah garing.
Masukkan daging dan air asam jawa. Masak sehingga daging empuk.
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
Masukkan kerisik, garam dan gula melaka. Masak sehingga pekat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi dagang.

Dah pun siap. Apa lagi jamu keluarga anda dengan masakan enak lagi lazat ini. Jangan lupa share resepi ini dengan kawan-kawan anda semua.

Resepi kerutuk kambing power




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle


Sebaran :

Leave a Reply