DUN Sarawak bubar 3 Nov – Abang Jo

DUN Sarawak bubar 3 Nov – Abang Jo

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuatkuasa 3 November lalu, Kata Ketua Menterinya Abang Johari Abang Openg.

Pada satu sidang media hari ini, beliau berkata Speaker DUN akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pembubaran itu.



Katanya, ketika ini kerajaan negeri akan menjalankan fungsi sebagai kerajaan sementara sehingga menunggu pilihan raya negeri (PRN) Sarawak diadakan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengenai pembatalan Proklamasi Darurat bagi Sarawak, yang berkuat kuasa sejak 2 Ogos lepas.

Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Azuan Effendy Zairakithnaini, dalam kenyataan semalam, memaklumkan perkenan Seri Paduka terhadap pembatalan Proklamasi Darurat berkenaan selaras dengan Perkara 40 dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan.

Pembatalan Proklamasi Darurat itu secara tidak langsung akan memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak diadakan setelah tempoh mandat kerajaan negeri Sarawak tamat pada 6 Jun lalu. FMT



DUN Sarawak bubar 3 Nov – Abang Jo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker