Bongkah ais Greenland mencair, berisiko cetus banjir besar

Bongkah ais Greenland mencair, berisiko cetus banjir besar

Kira-kira 3.5 trilion tan bongkah ais di Greenland yang mencair sejak sejak sedekad lalu menyebabkan peningkatan permukaan air laut dunia sebanyak satu sentimeter, sekali gus meningkatkan risiko banjir di seluruh dunia.

Perkara itu didedahkan hari ini menerusi jurnal Nature Communication dengan kumpulan pengkajinya berkata, pergerakan ais yang mencair meningkat sebanyak 21 peratus dalam tempoh empat dekad lalu.

Data yang disediakan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) itu turut menunjukkan sebanyak 3.5 trilion tan ais mencair sejak 2011, memadai untuk menghasilkan air yang mencukupi bagi menaikkan paras lautan di seluruh dunia dan meletakkan komuniti pantai kepada risiko kejadian banjir yang lebih tinggi.

Kajian sama turut mendedahkan, satu pertiga daripada ais yang mencair dalam dekad lalu muncul hanya dalam dua musim panas iaitu pada 2012 dan 2019.

Sebagai contoh, pada 2012, perubahan pada corak atmosfera menyebabkan udara panas luar biasa berlegar di atas lapisan ais selama berminggu-minggu, menyebabkan 527 bilion tan ais mencair.

“Sebagaimana dilihat di lokasi lain dunia, Greenland turut terdedah kepada peningkatan kejadian cuaca ekstrim.

“Apabila iklim menjadi semakin panas, adalah munasabah untuk menjangkakan kejadian pencairan ais melampau di Greenland akan berlaku secara lebih kerap.” kata pengarang utama kajian itu dari Pusat Pemerhatian dan Pemodelan Polar, Universiti Leeds, Thomas Slater.

Walaupun ia adalah salah satu lokasi yang paling banyak dikaji di Bumi oleh ahli klimatologi, namun untuk julung kalinya penyelidikan itu menggunakan data satelit untuk mengesan pergerakan lapisan ais di Greenland.

Menurut pengarang bersama penyelidikan itu dari Universiti Lancaster, Britain, Amber leeson, berkata penggunaan data satelit membolehkan mereka membuat anggaran berhubung pencairan ais di Greenland dengan lebih cepat dan tepat untuk tahun tertentu dan menukarkannya kepada kenaikan paras laut yang setara. BH

Bongkah ais Greenland mencair, berisiko cetus banjir besar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker