Semak kadar gaji minimum
PETALING JAYA: Kerajaan perlu menilai semula paras gaji minimum bagi menangani isu pencarum yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai persediaan berdepan status negara tua.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dr. Abd. Halim Husin berkata, langkah tersebut juga persediaan mengelak pertambahan gelandangan dalam kalangan warga emas pada masa akan datang.
Katanya, antara langkah yang boleh diambil termasuklah menilai semula paras kadar gaji minimum bagi membolehkan rakyat mencarum dan membuat simpanan lebih banyak untuk kegunaan pada masa depan.
“Paras kenaikan gaji tidak selaras dengan kenaikan harga barang pada masa ini. Jadi bagaimana mahu ada lebihan untuk dijadikan simpanan? Kalau tengok 25 tahun dulu gaji graduan RM1,500 dan sehingga sekarang pun perubahan tidak banyak.
“Tetapi harga barang dan harga rumah sangat tinggi. Jadi bagaimana? Justeru, perkara asas perlu ditangani terlebih dahulu iaitu mengkaji semula kadar paras gaji minimum,” katanya semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Strategi KWSP, Nurhisham Hussein yang mendedahkan nisbah pencarum Melayu mewakili 74 peratus daripada 5.9 juta pencarum yang baki simpanan kurang RM10,000.
Bagi pencarum KWSP berbangsa Cina, sebanyak 13 peratus memiliki baki simpanan kurang RM10,000 manakala India pula sebanyak tujuh peratus.
Daripada angka tersebut, secara keseluruhannya 46 peratus daripada ahli KWSP iaitu 5.9 juta memiliki baki simpanan kurang RM10,000 setakat 30 September lalu.
Dalam pada itu, Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), Datuk Munirah Abdul Hamid berkata, sikap dan cara perbelanjaan penting bagi memastikan individu mempunyai simpanan yang cukup, sekali gus mengelakkan mereka daripada menjadi gelandangan.
“Masalah gelandangan bukan hanya kerana simpanan yang tidak cukup semata-mata. Ada pelbagai punca lain. Mungkin disebabkan keluarga, ataupun masalah kemiskinan bandar.
“Selain itu, kita perlu lihat cara seseorang berbelanja dan ia akan menentukan sama ada mereka mampu menguruskan kewangan atau menyebabkan kesempitan pada masa akan datang,” jelasnya. – UTUSAN
Semak kadar gaji minimum
Baca Artikel Menarik:
- Bajet 2022: Mana rancangan kembalikan semula simpanan KWSP – Tok Mat
- PAS Berlagak Seperti Wanita Tercantik Di Melaka
- Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga RM6,888 Raih Perhatian Netizen
- PRN Melaka: BN Bawa Kemakmuran, Pemimpin Berkaliber Dan Pengalaman
- Meta nama baru Facebook
- Islam boleh menang – Khabib
- Almy Nadia tak rela anak jadi ‘bahan ujikaji’
- Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
- Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
- Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
- ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
- Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
- Resepi asam pedas ikan kembung pekat
- Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
- Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.