Timah: Syed Saddiq dihentam kerana didakwa pertahan arak?

Timah: Syed Saddiq dihentam kerana didakwa pertahan arak?

Kecoh di media sosial kini apabila terdapat salah seorang Ahli Parlimen telah mengibaratkan meminum wiski jenama Timah seolah-olah “minum wanita melayu”.

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh seorang Ahli Parlimen Tangga Batu dari parti PKR iaitu Rusnah Aluai yang telah berhujah berkenaan isu arak wiski jenama Timah dalam sidang parlimen baru ini dalam Dewan Rakyat.



Rusnah mendakwa bahawa arak jenama wiski seakan mengelirukan kerana menggunakan nama Timah disamping menggayakan logo kopiah , katanya.

“Bila sebut mengelirukan, saya nak menekankan semula, jenama Timah untuk jenama wiski adalah benar mengelirukan

“Disertai pula dengan lambang Kapten Speedy yang kelihatan seperti memakai kopiah, tidak ada yang memakai topi atau yang timah ni tak boleh ke panggil nama lain

“Ini tidak bagus untuk wanita sebab dibayangkan Timah itu wanita Melayu, Kak Timah, Mak Timah, Makcik Timah. Apabila kita minum wiski itu, seolah-olah kita minum wanita Melayu,” hujah Rusnah dalam dewan rakyat.



Melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli parlimen Tangga Batu berkenaan, ia telah menarik perhatian Syed Saddiq untuk memberikan pandangannya berkenaan isu ini.

Menurut Syed, dia mendakwa kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen berkenaan perlu dikaji semula mengenai penggunaan jenama itu.

Malah dia menyeru pihak kerajaan supaya mentafsir semula agar tidak timbul sebarang kekeliruan selepas ini kerana ia merupakan produk arak keluaran tempatan.

Syed juga telah didakwa telah menimbulkan persoalan mengenai kenyataannya mengenai isu ini, kerana dilihat seperti menyokong dan mempertahankan produk arak berkenaan dengan menyamakan dengan produk coklat serta susu.



“Jadi, boleh ke saya makan coklat Daim? Boleh ke saya minum susu Dutch Lady?

“Atau adakah saya ‘makan’ Tun Daim Zainuddin atau ‘minum’ perempuan Belanda,” ciapannya di Twitter.

Melihat kenyataan yang dibuat oleh Syed berkenaan, dia telah dihujani kecaman dan krtikan pengguna media sosial yang menyelarnya. Mereka mendakwa dia seakan-akan membela produk arak tempatan berkenaan.

“Syed syaddiq, arak tetap arak.apa tugas kalau kau orang muslim, panjangkan lagi isu, benteras la arak, rasuah, semua. Jadi wakil rakyat, biar berguna untuk bangsa, agama, negara, ni semua tak boleh pakai, dari tua, sampai muda



“Budak pemikiran macam tu la, terbuka kononnya berlakon kuat dia ni

“Syed ni peminum arak ke, nama syed tapi “backup” arak bukan main,” tulis pengguna media sosial.

Selain itu, ada juga mengecam tindakannya yang didakwa menyamakan jenama arak dengan jenama coklat untuk dijadikan contoh perbandingan.



“Satu je aku nak cakap MP yang bang*ng. Arak haram mabuk, coklat dengan susu tak haram mabuk, dah tak ada jenama lain nak bandingkan

“Kasihan En siddiq ni belum matang, coklat boleh awak sama dengan benda yang memabukkan. Jangan tunjuk bod*h sangat nak puja sepet lantak siapa yang undi dia ni kasihan,” komen pengguna media sosial yang menyelarnya.

Timah: Syed Saddiq dihentam kerana didakwa pertahan arak?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2

Related Articles

One Comment

  1. Secara peribadi, walau pun saya bukan peminat Saddiq tetapi apa yang cuba Saddiq persoalkan adalah nama arak dan kenyataan dari Ahli Parlimen Tangga Batu dan bukan arak itu sendiri. Arak tersebut masih akan ada dalam pasaran walau pun sudah ditukar nama. Sebagai seorang Muslim, sudah tentu beliau tidak akan menyokong industri arak. Beliau seorang tak akan dapat mengharamkan industri arak ini di Malaysia. Kita perlukan kekuatan politik.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker