Bajet 2022 ‘wow’, hayati keperitan semua golongan

Pemberian bantuan secara tunai sehingga RM2,000 kepada rakyat disifatkan sebagai belanjawan yang luar biasa kerana memahami dan menghayati keperitan yang sedang dialami.

Perkara itu disuarakan oleh penganalisis politik, Azmi Hassan yang melihat belanjawan kali ini berbeza daripada sebelumnya di saat rakyat sedang berduka selepas menghadapi pandemik COVID-19.

“Saya merasakan bajet kali ini sangat ‘wow’ kerana bantuan wang tunai bermula dari RM100 hingga RM2,000 kepada orang ramai yang amat memerlukan di saat ini,” katanya ketika hadir menjadi panel dalam Analisis Pasca Bajet 2022 di Buletin Tv Pertiwi, malam ini.

Mengulas mengenai Cukai Makmur dikenakan kepada syarikat-syarikat gergasi yang mendapat perolehan tahunan melebihi RM100 juta, beliau menyifatkan pelaksanaannya sebagai langkah relevan dan bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia diperkenal Perdana Menteri.

“Pelaksanaan Cukai Makmur ini hanya ‘one-off’ dan bersesuaian dengan konsep yang diperkenalkan Keluarga Malaysia.

“Kita melihat syarikat besar atau industri yang mendapat perolehan lebih RM100 juta kenalah bayar lebih sedikit, bagi saya inilah dikatakan Keluarga Malaysia.

“Kita sama-sama berkongsi bagi mereka yang memerlukan, kita bagi bantuan, manakala bagi yang dapat keuntungan lebih kita kenakan cukai lebih sedikit itulah yang dikatakan ‘wow’,” ulas beliau.

Bajet 2022 ‘wow’, hayati keperitan semua golongan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan – Ismail

Related Articles

One Comment

  1. BKM untuk golongan bujang B40/B50 langsung tidak disebut dalam pembentangan Bajet 2022. Mungkin tiada kenaikan amaun dalam pembayaran untuk tahun depan. Nampaknya tiada apa-apa yang WoW untuk golongan ini.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker