Remaja dikhuatiri lemas bot langgar tunggul kayu

PONTIAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas setelah terjatuh di Sungai Benut berhampiran  belakang Pasar Awam Benut, di sini pagi ini.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abdul Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.59 pagi sebelum menghantar tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik sahaja Pasukan Keluaran Operasi  (PKO) tiba di lokasi, mangsa belum ditemukan dan operasi mencari diteruskan sehingga kini.

“Berdasarkan makluman awal, mangsa dikenali sebagai Mohd. Akmal Jamaluddin yang berusia 17 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa bersama bapanya turun mencari udang di sungai berkenaan dan ketika dalam perjalanan pulang, bot yang dikemudi terlanggar tunggul kayu.

Akibat insiden itu, remaja terbabit terjatuh sebelum hilang.

Sementara itu, penduduk dan komuniti nelayan berdekatan turut membantu pasukan bomba melakukan gerakan mencari di sekitar lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Remaja dikhuatiri lemas bot langgar tunggul kayu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Umno persoal parti lain lancar jentera PRN di Melaka tak didenda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker