Mata Merah Bukan Hanya Sebab Kerengsaan, Itu Petanda Gula Dalam Darah Naik Mencanak!

Mata Merah Bukan Hanya Sebab Kerengsaan, Itu Petanda Gula Dalam Darah Naik Mencanak!

KETIKA mata bertukar menjadi merah ramai akan berfikir bahawa ia adalah sakit mata, namun keadaan itu juga sebenarnya boleh disebabkan kandungan gula dalam darah tinggi.

Bagi pesakit diabetes, keadaan ini mungkin biasa berlaku dan sebab itu mereka disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi memeriksa kesihatan mata.



Ini kerana kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan masalah penglihatan kabur, katarak, glaukoma dan retinopati.

Faktanya, diabetes adalah penyebab utama masalah buta bagi individu berusia 20 hingga 74 tahun.

Keadaan ini dikenali sebagai retinopati diabetik dan ia adalah keadaan mata yang dapat menyebabkan cacat penglihatan sekiranya pembuluh darah di bahagian retina rosak.



Gula dalam darah yang tinggi boleh memberi kesan kepada kesihatan mata.

Retinopati diabetik ini mungkin tidak menunjukkan gejala awal dan bagi pesakit diabetes langkah pencegahan awal perlu dilakukan.

Tanda paling jelas mata pesakit diabetes mula rosak apabila penglihatan menjadi kabur.

Penglihatan pesakit mungkin lebih baik pada waktu pagi namun menjadi kabur pada waktu petang selepas mengambil pelbagai makanan tinggi gula tanpa kawalan.



Perkara ini terjadi kerana kadar gula dalam darah menjadi tinggi dan dapat menyebabkan kanta mata membengkak sehingga membuatkan penglihatan menjadi kabur.

Kadar gula dalam darah yang tidak dikawal dalam tempoh jangka panjang dapat menyebabkan retinopati diabetik yang boleh menyebabkan pesakit menjadi buta.

Malah ia adalah punca paling biasa bagi pesakit kehilangan deria penglihatan.

Selain itu, kandungan gula yang tidak dikawal dengan baik juga boleh menyebabkan dua masalah lain, termasuklah;



Katarak

1. Katarak

Pesakit diabetes mempunyai risiko dua hingga lima kali ganda untuk mendapat masalah katarak.

Katarak terjadi apabila kanta mata ‘berawan’ sehingga menutupi pandangan dengan jelas.

Glaukoma



2. Glaukoma

Pesakit diabetes juga lebih berisiko mengalami masalah glaukoma. Masalah ini terjadi kerana tekanan yang berlaku dalam mata ketika cecair tidak dapat mengalir dengan normal.

Masalah ini dapat merosakkan saraf dan pembuluh darah serta menyebabkan masalah penglihatan.

Mata Merah Bukan Hanya Sebab Kerengsaan, Itu Petanda Gula Dalam Darah Naik Mencanak!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan – Ismail

Ancaman China meningkat setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker