Jom Cuba! Mandi Ais Boleh Legakan Sakit Otot Buat Penggemar Aktiviti Outdoor

Jom Cuba! Mandi Ais Boleh Legakan Sakit Otot Buat Penggemar Aktiviti Outdoor

MANDI dengan ais atau air sejuk mungkin kedengaran menyakitkan bagi sesetengah orang.

Tetapi ada yang percaya ia adalah salah satu cara paling mudah dan cepat untuk meredakan kesakitan selepas bersenam.



“Mandi ais telah lama wujud, dan sangat popular,” kata Nick Clayton, pengurus program National Strength and Conditioning Association.

Walaupun mandi ais dapat menenangkan otot yang sakit, kaedah ini bukan untuk semua orang – dan boleh jadi tidak berkesan bergantung pada tahap kecergasan anda.

Mandi ini dikaitkan dengan kaedah terapi penjagaan kesihatan melalui penggunaan medium air dan ais sebagai bahan utamanya.



Apa itu mandi ais?

Juga disebut rendaman dalam air sejuk, mandian ais adalah bentuk terapi krio yang memerlukan duduk di dalam air sejuk tinggi paras dada anda, selama 10 hingga 15 minit.

Tidak perlu sampai tahap badan menjadi beku untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya – di mana hanya antara 10 hingga 15 darjah celsius sudah memadai.

“Kali pertama anda masuk, ia akan buatkan ada berasa tenang serta boleh menarik nafas lega.

Ia agak sukar pada mulanya, tetapi selepas 5 hingga 10 minit ia menjadi lebih mudah, terutamanya jika anda menjaga kadar pernafasan dan kekal tenang,” kata Clayton.



Mandi ais disyorkan untuk mendapatkan kesegaran tubuh badan.

Bagaimanakah mandi ais berfungsi?

Mandi ais dapat mengurangkan keradangan dan meningkatkan kadar pemulihan dengan mengubah cara darah dan cecair lain mengalir dalam badan anda.

Apabila anda duduk di dalam air sejuk, saluran darah anda menyempit kemudian salur ini terbuka kembali setelah selesai mandi.



Proses ini membantu membuang sisa metabolik selepas bersenam, kata Clayton.

Ini telah dibuktikan dengan limfa iaitu cecair jernih yang terdiri daripada sel darah putih dan cecair dari usus anda, jelasnya.

Walaupun jantung anda sentiasa mengepam darah ke seluruh badan, kelenjar limfa anda tidak mempunyai pam.

Mandi ais mampu mengecut dan membuka saluran ini secara manual, membantu cecair bertakung dalam kelenjar limfa anda bergerak ke seluruh badan.



Peningkatan aliran darah juga membanjiri sel anda dengan nutrien dan oksigen dan secara teorinya membantu badan anda pulih, tambah Clayton.

Manfaat utama mandi ais dapat mengurangkan tahap keradangan tisu selepas bersukan.

Selain itu, Reinold dan Clayton percaya mandi ais membantu anda untuk keadaan atau masalah yang lain.



“Dari sudut mental, anda melatih badan anda untuk terdedah kepada tekanan dan rangsangan yang berbeza, serta menjadikan anda lebih tahan dan bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran di masa depan,” kata Clayton.

Adakah mandi ais mengurangkan keradangan?

Sesetengah kajian mencadangkan mandi ais ini boleh mengurangkan kesakitan pada otot selepas bersenam.

Ia mendapati bahawa mandi ais dan urutan adalah yang paling baik dalam mengurangkan keradangan serta mengurangkan sakit otot dan keletihan.

Bolehkah mandi ais meningkatkan prestasi sukan?

Mandi ais selepas permainan tidak akan menjadikan anda seorang atlet yang lebih baik.

Tetapi mandi ais boleh meningkatkan prestasi jika anda melakukannya sebelum bersenam pada hari yang panas dan lembap.

Jika anda melakukan perlumbaan merentas desa, mandi ais sebelum perlumbaan dapat mengurangkan kesan terhadap haba atau kepanasan melampau serta meningkatkan prestasi aktiviti anda,” kata Clayton.

Cukup dengan masuk ke dalam tab ais sebelum perlumbaan atau permainan selama kira-kira 20 minit untuk menurunkan suhu badan.

Adakah terdapat sebarang risiko mandi ais?

Clayton berkata orang yang mempunyai tekanan darah tinggi atau penyakit kardiovaskular harus mendapatkan nasihat doktor mereka terlebih dahulu.

Berpotensi mendapat penyakit seperti hipotermia jika anda duduk terlalu lama adalah risiko yang kita harus elak ketika mandi ais.

Jom Cuba! Mandi Ais Boleh Legakan Sakit Otot Buat Penggemar Aktiviti Outdoor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan – Ismail

Ancaman China meningkat setiap hari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker