Sebab masalah ini berat – Joe Flizzow
SEPERTI ungkapan yang sering dilaungkan, ‘bahasa jiwa bangsa’, perihal tersebut jugalah yang menjadi penekanan ikon muzik rap tersohor, Joe Flizzow walaupun bahasa Inggeris kini menjadi bahasa ‘cari makan’ di mana sahaja.
Sebagai anak Malaysia, pemilik nama lengkap, Johan Ishak berasa beruntung kerana dibesarkan ibu bapa yang sangat menitikberatkan soal jati diri, terutama dalam aspek penguasaan bahasa, terutama bahasa Melayu.
Hasilnya, walaupun pernah membesar di England atas tuntutan kerjaya keluarga, dia tidak pernah melupakan asal usulnya sebagai seorang anak Malaysia yang berbangsa Melayu.
Dia berdiri sebagai seorang pemain seni muzik yang mempunyai keseimbangan dua bahasa utama negara ini; bahasa Melayu dan Inggeris.
Atas asas tersebut, pelantun lagu Apa Khabar itu menitipkan pesanan kepada orang ramai yang mahu mahir berbahaasa Inggeris agar tidak berhenti berusaha dan tidak berasa diperlekeh andai melakukan kesilapan.
Perlekeh
“Kita selalu dengar, jangan gelakkan orang yang tak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Tapi perkara itu berlaku dalam masyarakat kita.
“Kalau kalian pergi melancong di luar negara. Itali misalnya. Mereka bercakap Inggeris pun berterabur. Masyarakat kita sahaja yang sibuk fikir gaya, aksen nak cakap sama macam Mat Salih.
“Lainlah kalau dalam majlis atau konteks formal, ada orang buat silap (cakap Inggeris), kita boleh tegur tapi janganlah sampai gelakkan,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.
Joe berkata demikian pada sidang media virtual program Start Your English Journey With Joe Flizzow yang turut menyaksikan kolaborasinya dengan pihak SOLS 24/7 membangunkan aplikasi pembelajaran bahasa Inggeris, SOLS Edu.
Secara peribadi, Joe ada pendekatan tersendiri andai berdepan kenalan terdekat atau pekerja yang tersalah menggunakan bahasa Inggeris.
“Saya akan tarik tepi dan betulkan. Saya buat begitu dengan niat untuk sama-sama memperbaiki diri. Bukan untuk jadi lebih bijak atau rasa diri paling ‘Inggeris’.
“Saya pun masih belajar. Kalau tulis lagu baik dalam bahasa Melayu atau Inggeris, saya selalu dapatkan khidmat nasihat daripada ibu saya yang merupakan seorang bekas penulis. Dia selalu betulkan kesalahan saya,” ujarnya.
Malique, Too Phat
Diajak berbicara tentang kemungkinan kembali berkolaborasi dengan sahabat ‘lamanya’, Malique, Joe tetap dengan pendiriannya bahawa perkara itu tidak akan berlaku dalam waktu terdekat.
Katanya, dia dan Malique sudah berada di dua landasan muzik yang sangat berbeza, namun Joe sangat menghormati lelaki tersebut.
“Semuanya (Too Phat) sudah menjadi kenangan yang terindah yang takkan dilupakan. Bab perjalanan muzik kami sekarang sudah berbeza.
“Saya tak nafikan yang Malique merupakan antara manusia paling berbakat pernah saya jumpa.
“Dia seorang rapper, penulis lirik dan penerbit yang unggul,” ungkap Joe.
Bagaimanapun, kata Joe, dia mempunyai sebuah trek Too Phat yang belum sempat dilancarkan dan tidak mustahil akan dikongsi kepada para peminat.
“Ada sebuah lagu yang belum dilancarkan Too Phat di dalam komputer peribadi saya. Kawan-kawan rapat saya dah dengar dan mereka kata kalau diterbirkan, memang gempak.
“Tapi entahlah, nak terbitkan atau tidak. Karya saya sekarang semua bersifat organik. Susah nak realisasikan sesuatu dengan dia (Malique) kalau tiada interaksi dan tak berjumpa di studio rakaman,” luahnya.
Baru-baru ini, Joe antara yang lantang bersuara tentang isu jenaka rogol yang meletus dalam kalangan selebriti tempatan.
Berang dengan situasi yang berlaku, pelantun lagu Havoc itu memaklumkan, semua orang ada tanggungjawab bagi merawat ‘kanser’ yang sepertinya mudah merebak kronik dalam kalangan masyarakat.
‘Mana pemimpin kita?’
Kata Joe, dia sebenarnya bukanlah individu yang suka bersuara bagi menyuarakan isu-isu semasa. Namun, tindakan tersebut terpaksa diambil memandangkan tiada seorang pemimpin pun tampil ‘mencelah’ demi kebaikan bersama selepas klip video berkenaan isu itu tular dan meraih perhatian ramai.
“Pertama sekali, saya ingin tegaskan, bukan sikap saya untuk bersuara lantang seperti pada hari itu.
“Seseorang perlu bercakap (ambil tindakan) dalam hal ini. Saya bukanlah berpihak pada mana-mana politik, tapi bagi saya, masalah ini berat.
“Tapi saya lihat selepas beberapa jam, tiada suara daripada pemimpin-pemimpin kita (sedangkan) ini adalah perkara serius, jadi, saya suarakan. Mana pemimpin kita,” getus Joe.
Pada masa sama, Joe menegaskan dia tidak berniat untuk memberikan komen mengenai individu terbabit.
“Bagi saya, ada perkara yang kita boleh bergurau, tapi perkara ni sudah melampaui batas. Orang patut pandang serong dengan kelakuan begitu,” katanya yang merujuk kontroversi dicetuskan Fauzi Nawawi.
Baca Artikel Menarik :
- Apabila hati penjawat awam sudah terhiris
- Peguam dakwa penangkapan Aryan Khan langgar Perlembagaan
- Remaja terpelanting, maut dipanah petir
- Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju – Najib
- Ular sama tak akan patuk kali kedua, Zahid sindir Bersatu
- Tommy Thomas disaman Najib kali kedua
- Mahu Kembali Jadi Fatah, Lucinta Luna Mengaku Penat Jadi Perempuan,“Cukuplah..Saya Takut Dosa”[VIDEO]
- Bersatu hilang arah, keputusan UMNO pergi solo tepat
- Resepi ayam masak lapis memang best
- Tuhan tarik nikmat bebas memandu Sharifah Sakinah
- 9 daripada 10 tidak mahu UMNO bersama BERSATU
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pertama kali dalam sejarah ahli Parlimen pakai baju batik di Dewan Rakyat