PAS tak terikat dengan syarat parti lain – Khairuddin

PAS tak terikat dengan syarat parti lain – Khairuddin

PAS menegaskan parti Islam itu tidak terikat dengan syarat atau keputusan parti lain pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, pada 20 November ini.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khairuddin Aman Razali berkata Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja Pusat akan membuat keputusan sendiri.

“PAS menerusi Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja Pusat akan membuat keputusan sendiri berdasarkan pertimbangan maslahat (kebaikan) dan mafsadah (keburukan), untung dan rugi pada kesatuan serta perpaduan umat dan bagi mengekang kemenangan Pakatan Harapan (PH).

“PAS tidak terikat dengan syarat atau keputusan mana-mana parti lain.

“Komitmen PAS ialah menyatupadukan kuasa politik Melayu Islam dan menghalang kemenangan PH dalam mana-mana pilihan raya,” kata kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas syarat Umno malam tadi.

Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) pada pilihan raya negeri Melaka.

Bagaimanapun kerjasama itu berpandukan kepada prinsip PAS mesti bertanding menggunakan lambang sendiri.

Pada 26 Oktober lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berkata Bersatu, PAS dan Gerakan bersepakat untuk bertanding di Melaka menggunakan lambang PN.

Namun Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS, Mohd Zuhdi Marsuki berkata keputusan berkaitan penggunaan logo perlu dirujuk terlebih dahulu kepada badan pemutus dalam PAS dan parti masing-masing.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid ketika melancarkan jentera pilihan raya BN sekali lagi menegaskan yang Umno tidak akan bekerjasama dengan Bersatu – parti dominan dalam PN di Melaka. Mk

PAS tak terikat dengan syarat parti lain – Khairuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker