PRN Melaka: PAS bincang keputusan UMNO, Ahad ini

PRN Melaka: PAS bincang keputusan UMNO, Ahad ini

MELAKA: PAS akan membincangkan mengenai keputusan UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, Ahad ini.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sidek, berkata setakat ini pihaknya masih belum boleh memberi maklum balas mengenai keputusan UMNO itu.



“Pada dasarnya, PAS Melaka mengucapkan terima kasih dengan perkembangan terbaru daripada UMNO itu, tetapi kami perlu tunggu maklum balas daripada PAS Pusat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi, memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS pada PRN Melaka.

Keputusan itu selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020, iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Asas persefahaman UMNO dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk MN dalam mesyuarat pada 19 Oktober dan 18 November 2020.



Langkah itu bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya. BH

PRN Melaka: PAS bincang keputusan UMNO, Ahad ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker