PAS elok tanding guna logo sendiri – Tuan Ibrahim

PRN Melaka: PAS elok tanding guna logo sendiri – Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seeloknya parti itu bertanding menggunakan logo sendiri pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka bulan depan.

Beliau berkata, ini kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan PAS.



“Oleh kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan PAS, elok kalau kita gunakan satu logo iaitu logo PAS dalam PRN Melaka nanti.

“Fikir-fikirkan,” katanya di Facebook.

Beliau berkata demikian sehari selepas Umno bersetuju bekerjasama dengan PAS tetapi mahukan parti itu bertanding menggunakan simbol sendiri.

Umno membuat ketetapan itu selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengumumkan PAS,Bersatu dan Gerakan akan bertanding di Melaka menggunakan simbol PN.



Tuan Ibrahim berkata, Majlis Syura Ulamak akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi memutuskan penggunaan lambang pada PRN Melaka.

“Sebagai badan tertinggi parti, Majlis Syura Ulamak akan memandu parti dalam membuat keputusan melibatkan dasar parti, manakala proses pelaksanaan yang melibatkan soal strategi, kempen, proses pelaksanaan pada hari mengundi akan diurus oleh pelbagai agensi dalam parti,” katanya.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, berkata Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti membuat keputusan untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRN Melaka namun mahu parti itu menggunakan lambangnya sendiri.

“Mesyuarat (malam tadi) memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS…iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi PRN Melaka.



“Asas persefahaman dengan PAS berpandukan prinsip PAS menggunakan lambang partinya sendiri,…untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya,” katanya.

Selasa lalu, Muhyiddin mengesahkan Bersatu, PAS dan Gerakan akan bertanding di PRN Melaka menggunakan lambang PN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Melaka diadakan pada 20 Nov, dengan penamaan calon pada 8 Nov dan pengundian awal 16 Nov.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN pada 4 Okt, selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali. FMT



PAS elok tanding guna logo sendiri – Tuan Ibrahim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker